Donut

Sabtu, 6 Ogos 2011

Donut

Donut 

Bahan-bahan : 

500 gram tepung gandum
60 gram gula pasir halus
40 gram susu tepung
½ sudu teh garam
1 bungkus yis kering Mauripan
1 sudu teh serbuk penaik
1 biji telur (pukul)
100 gram marjerin
Air secukupnya
½ - 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)
Gula halus / coklat cair dan coklat urai untuk ditaburkan


Cara Membuatnya : 

Masukkan tepung, serbuk penaik, gula, susu tepung dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.

Masukkan telur, marjerin dan air. Gaul rata hingga menjadi doh. Uli doh hingga tidak melekat.

Tutupkan dengan kain lembab dan biarkan naik hingga 2 kali ganda. Selepas naik tumbuk-tumbuk doh supaya angin keluar. Uli sekali lagi.

Bahagikan adunan kepada bebola kecil dan canaikan. Terap mengikut saiz yang dikehendaki. Biarkan adunan naik sekali lagi.

Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang sederhana. Goreng donut sehingga keemasan. Angkat dan tos.

Salut donut yang telah digoreng dengan gula halus atau sapu coklat pada bahagian atas donut dan tabur dengan coklat urai.  

Sedia untuk dihidangkan.
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan