Bahan-bahan :
1 cawan marjerin
½ cawan gula halus
½ cawan cornflakes yang dikisar halus
½ sudu teh esen vanilla
1 biji telur
½ cawan tepung kastard
½ cawan tepung jagung
Tepung gandum secukupnya
Badam biji
Coklat masakan
Cara Membuatnya :
Badam dipanggang di dalam oven selama beberapa minit. Badam perlu dimasak terlebih dahulu kerana badam memerlukan masa yang lama untuk masak berbanding dengan kuih. Apabila badam telah masak, ketepikan dahulu.
Putar marjerin dan gula hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan telur.
Seterusnya, masukkan cornflakes, tepung kastard dan tepung jagung. Masukkan juga tepung gandum secukupnya. Uli hingga sebati.
Setelah itu, salut badam dengan adunan tadi dan bakar hingga masak.
Setelah kuih masak dan sejuk. Masak coklat masakan dengan didihkan air di dalam periuk dan masak coklat dengan memasukkan periuk lain ke dalam bekas yang berisi air panas tadi.
Kemudian salut kuih dengan coklat dan dimasukkan ke dalam cawan kertas. Tabur badam yang dipotong kecil. Bolehlah disejukkan hingga coklat menjadi keras.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan