Agar-agar Koko

Selasa, 31 Julai 2012

Agar-agar Koko

Agar-agar Koko
Agar-agar Koko

Bahan-bahan :

24 gram agar-agar
2 sudu serbuk koko
½ cawan susu cair
5 sudu susu pekat
5 cawan air
Gula secukup rasa 

Cara Membuatnya : 

Masak agar-agar bersama 5 cawan air sehingga agar-agar hancur. Kemudian, masukkan gula secukup rasa dan juga serbuk koko. Hendaklah dikacau agar serbuk koko tidak berketul.

Seterusnya, masukkan susu cair dan juga susu pekat. Tunggu hingga mendidih dan bolehlah dipadamkan api.

Tapis dahulu kemudian barulah dituang di dalam bekas. Sejukkan.
 

2 ulasan:

  1. sedapnye..sejuk je masuk alur tekak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Enak ketika berbuka puasa dan cuaca yang panas..

      Padam