Bahan-bahan
:
1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh perisa pandan
1 sudu besar baking powder
5 biji telur (dipukul)
Pewarna hijau
Cara
Membuatnya :
1. Pukul marjerin dan gula sehingga kembang.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.
3. Apabila sudah kembang, masukkan perisa pandan dan sedikit
pewarna hijau.
4. Masukkan telur yang telah dipukul. Kacau.
5. Akhir sekali, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau
hingga sebati.
6. Sapu permukaan loyang dengan marjerin agar kek tidak
melekat. Setelah itu tuang adunan ke dalam loyang.
7. Bakar hingga masak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan