Agar-Agar Kering

Agar-agar Kering

Agar-agar Kering Warna-warni

Bahan-bahan :

1 tahil agar-agar bertali (37.5 gram)
1 kg gula pasir
Air yang disukat
Pewarna merah, hijau dan kuning


Cara Membuatnya :

1. Pertama sekali, basuh agar-agar bertali hingga bersih.

2. Masukkan agar-agar ini ke dalam jug air. Tujuan memasukkan agar-agar ke dalam jug adalah untuk menyukat kandungan agar-agar dan jumlah air yang perlu dimasukkan.

3. Tandakan kedudukan agar-agar tersebut di jug. Contohnya jika agar-agar tersebut berada di tengah jug, tandakan kedudukan tersebut.

4. Setelah itu, tuangkan agar-agar ke dalam periuk.

5. Masukkan air sebanyak 2 kali di mana kedudukan agar-agar yang ditanda pada jug tadi.

6. Rebus agar-agar bersama air yang disukat sehingga mendidih dan hancur.

7. Apabila agar-agar telah hancur semuanya, masukkan gula pasir.

8. Masak hingga mendidih dan bolehlah tutup api.

9. Asingkan agar-agar kepada 4 bekas. Setiap bekas diwarnakan dengan warna yang berlainan. Hijau, kuning, merah dan satu lagi dibiarkan putih.

10. Setelah sejuk dan keras bolehlah dipotong. Jangan potong terlalu kecil kerana agar-agar akan mengecut selepas kering.

11. Jemur agar-agar. Sesekali balik-balikkan agar-agar supaya kering sekata. Jemur sehingga seminggu dan agar-agar tidak melekat serta kering sepenuhnya.

Biskut Gajus Kak Ani

Biskut Gajus

Bahan-bahan :

1 cawan buttercup
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung kastard
½ cawan biji gajus hancur (biji gajus hendaklah dipanggang terlebih dahulu dan ditumbuk)
1 biji kuning telur
Biji gajus secukupnya untuk hiasan (tidak perlu dipanggang)


Cara Membuatnya :

1. Pukul buttercup dan gula halus hingga kembang.

2. Masukkan serbuk gajus.

3. Masukkan tepung kastard dan tepung gandum.

4. Gaulkan hingga menjadi doh yang lembut.

5. Canai dan terapkan adunan dengan acuan berbentuk buah gajus.

6. Sapu kuning telur dan letakkan biji gajus dihujungnya.

7. Bakar hingga masak dan sedia untuk dihidang. 

Biskut Kipas Manik Ayu

Biskut Kipas Manik Ayu

Bahan-bahan :

1 cawan gula halus
1 cawan mentega
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
Manik warna-warni secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.

2. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi.

3. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum.

4. Gaulkan hingga menjadi doh yang lembut.

5. Canai dan terapkan adunan dengan acuan kipas.

6. Taburkan manik warna-warni di atasnya.

7. Bakar hingga masak kira-kira 10 hingga 15 minit.