Ahad, 8 Disember 2013

Air Kelapa Muda

air kelapa muda

air kelapa muda istimewa

Bahan-bahan :

2 biji kelapa muda (ambil air dan isinya)
Gula secukup rasa
Air panas
Ketul ais secukupnya


Cara Menyediakannya :

Masukkan air dan isi kelapa muda ke dalam jug.

Larutkan gula di dalam air panas untuk menghasilkan air gula.

Kemudian, masukkan air gula yang dibancuh tadi ke dalam jug yang berisi air kelapa. Kacau hingga semuanya sebati.

Akhir sekali, masukkan ketul ais secukupnya. Tuangkan  di dalam gelas.

Sedia untuk dihidang.

Khamis, 5 Disember 2013

Agar-agar Kelapa Muda

Agar-agar Kelapa Muda
Agar-agar Kelapa Muda yang enak
Agar-agar Kelapa Muda Enak
Menyejuk dan melegakan tekak
Bahan-bahan :

20 gram agar-agar bertali
2-3 biji buah kelapa muda (diambil isi dan airnya)
Gula secukupnya
2 cawan air


Cara Membuatnya :

1. Masak agar-agar bersama 2 cawan air dan 1 cawan air kelapa muda hingga agar-agar betul-betul hancur dan mendidih.

2. Masukkan gula secukupnya bergantung kepada rasa air kelapa. Jika air kelapa berasa agak masam, lebihkan gula agar dapat menghilangkan rasa masam tersebut. Tunggu hingga gula larut.

3. Seterusnya, masukkan 2 ½ cawan air kelapa muda bersama isinya. Kacau hingga semuanya sebati dan tutup api.

4. Tuangkan agar-agar ke dalam bekas mengikut citarasa sendiri.

5. Biarkan agar-agar sejuk dan keras. Letakkan di dalam peti sejuk agar lebih terasa keenakan dan kedinginan kelapa.

6. Sedia untuk dihidang dan selamat mencuba.

Ahad, 1 Disember 2013

Kek Coklat Rehan

Kek Coklat Sedap

Bahan A :

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan air


Bahan B :

250 gram buttercup
1 ½ cawan gula pasir
6 biji telur
½ sudu teh esen vanila
2 ½ cawan tepung gandum
1 sudu baking powder


Cara Membuatnya :

Campurkan kesemua bahan A di dalam periuk. Masak hingga gula larut dan dibiarkan sejuk.

Pukul buttercup dan gula hingga kembang. Masukkan esen vanila dan telur.

Apabila sudah sebati, masukkan bahan A sedikit demi sedikit bersama tepung gandum dan baking powder.

Kacau hingga sebati dan masukkan dalam bekas kek.

Bakar atau kukus adunan sehingga masak.

Sedia untuk dihidang.