Agar-agar Kelapa Muda

Khamis, 5 Disember 2013

Agar-agar Kelapa Muda

Agar-agar Kelapa Muda
Agar-agar Kelapa Muda yang enak
Agar-agar Kelapa Muda Enak
Menyejuk dan melegakan tekak
Bahan-bahan :

20 gram agar-agar bertali
2-3 biji buah kelapa muda (diambil isi dan airnya)
Gula secukupnya
2 cawan air


Cara Membuatnya :

1. Masak agar-agar bersama 2 cawan air dan 1 cawan air kelapa muda hingga agar-agar betul-betul hancur dan mendidih.

2. Masukkan gula secukupnya bergantung kepada rasa air kelapa. Jika air kelapa berasa agak masam, lebihkan gula agar dapat menghilangkan rasa masam tersebut. Tunggu hingga gula larut.

3. Seterusnya, masukkan 2 ½ cawan air kelapa muda bersama isinya. Kacau hingga semuanya sebati dan tutup api.

4. Tuangkan agar-agar ke dalam bekas mengikut citarasa sendiri.

5. Biarkan agar-agar sejuk dan keras. Letakkan di dalam peti sejuk agar lebih terasa keenakan dan kedinginan kelapa.

6. Sedia untuk dihidang dan selamat mencuba.

2 ulasan:

  1. idea baru ni.... memang sejuk tekak...minum air kelapa sekali hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Resipi hentam jer nie mengikut selera sendiri...Tapi ok dan sedap... tq kerana selalu komen di sini.. InsyaAllah, jika berkesempatan saya akan ke sana pula yer... :)

      Padam