Agar-agar Bandung Cincau

Ahad, 1 Disember 2013

Agar-agar Bandung Cincau

Agar-agar Bandung Cincau

Bahan-bahan :

20 gram agar-agar
4 ½ cawan air
Gula secukupnya
½ cawan susu pekat
Perisa Ros
 1 tin minuman cincau
Cincau @ Lengkong secukupnya


Cara Membuatnya :

Masak agar-agar bersama 4 ½ cawan air hingga agar-agar hancur dan larut kesemuanya.

Masukkan gula secukupnya. Tunggu hingga gula larut.

Seterusnya, masukkan susu dan sedikit perisa ros.

Akhir sekali masukkan minuman cincau. Kacau hingga sebati. Tunggu seketika dan tutup api.

Susun cincau atau lengkong yang dipotong kecil di dalam bekas.

Tuangkan agar-agar yang dimasak ke dalam bekas yang berisi cincau.

Biarkan agar-agar sejuk dan mengeras. Sedia untuk dihidang.


2 ulasan:

  1. Penyejuk tekak.....dah lama tak buat.... Rajin Eyma guna acuan comel tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak nampak comel sikit jadi terpaksalah merajinkan diri..hehe...

      Padam