Bahan-bahan
:
1 kg tepung gandum
8 sudu besar marjerin
(dipanaskan)
4 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Cara
Membuatnya :
Di dalam mangkuk, masukkan serbuk
kari dan telur. Kacau sebati dan ketepikan.
Di dalam bekas yang lain,
masukkan tepung gandum, gula dan garam. Kemudian, masukkan marjerin yang telah
dipanaskan. Gaul sekata.
Seterusnya, masukkan pula serbuk
kari dan telur tadi. Gaul lagi.
Masukkan air secukupnya dan uli
hingga menjadi doh yang baik. Bolehlah dibentuk dengan mengunakan acuan kuih
siput yang sesuai. Goreng hingga garing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan