Cara Membuat Kerisik

Ahad, 5 April 2015

Cara Membuat Kerisik

kerisik

Kerisik ialah sejenis rempah atau rencah yang dibuat daripada kelapa. Kelapa yang diparut atau dikukur, digoreng (tanpa minyak) dan kemudiannya digiling hingga lumat. Kerisik berwarna coklat gelap dan ia boleh dibuat sendiri atau dibeli dari kedai runcit. 

Kerisik digunakan untuk beberapa masakan tradisional seperti rendang, kari ayam, sayur kerabu dan sebagainya. Penggunaannya amat popular di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia dan Singapura.


Bahan & Peralatan Membuat Kerisik :

Kelapa yang diparut
Kuali
Sudip
Pengisar kering @ basah
Sedikit minyak (jika perlu)


Cara Membuat Kerisik :

1. Jemur kelapa parut di bawah pancaran matahari selama beberapa jam.

kelapa parut

2. Masukkan kelapa parut di dalam kuali. Goreng kelapa parut hingga keperangan tanpa menggunakan minyak.

3. Gunakan api yang kecil kerana kelapa mudah hangit. Jika menggunakan api besar pun boleh asalkan tidak henti dari mengacaunya.

kelapa perang kecoklatan

4. Setelah kelapa perang kecoklatan, guna pengisar kering dan kisar hingga keluar minyak.

5. Boleh juga menggunakan pengisar basah tetapi tambahkan sedikit minyak masak di dalamnya. Jangan biarkan kelapa menjadi sejuk kerana sukar untuk hancur.

cara membuat kerisik

6. Sedia digunakan sebagai bahan masakan seperti rendang, kari dan sebagainya.

7. Bolehlah disimpan di dalam peti sejuk dan tahan lama.

8. Jika tidak mahu disimpan dalam peti sejuk pun tidak mengapa, cuma pastikan di atas permukaan kerisik sentiasi dipenuhi minyak. Jika tidak ia akan cepat rosak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan