Bahan-bahan
:
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
1 cawan bijan goreng
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 cawan gula halus
½ cawan marjerin
Cara Membuatnya
:
1. Pukul gula bersama marjerin sehingga kembang.
2. Masukkan esen vanila dan telur. Kacau hingga rata.
3. Masukkan bijan goreng dan kacau lagi.
4. Masukkan tepung ubi dan tepung gandum sedikit demi sedikit.
5. Uli sehingga menjadi doh.
6. Terap dengan acuan yang disukai dan taburkan bijan di
atasnya.
7. Bakar sehingga masak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan