20 gram agar-agar bertali
4 mug air
1 mug susu cair
Gula secukup rasa
Bes minuman berperisa rose
Jelly pelbagai perisa
Cara
Membuatnya :
1. Rebus agar-agar bersama air
hingga mendidih dan agar-agar menjadi hancur.
2. Masukkan gula secukupnya dan
biarkan hingga gula larut.
3. Masukkan susu cair dan masak
hingga mendidih.
4. Tutup api dan biarkan
agar-agar menjadi suam kerana jika terlalu panas boleh menyebabkan jelly cair.
5. Susun jelly ke dalam acuan dan
masukkan ke dalam peti ais di bahagian beku seketika.
6. Tuangkan setengah agar-agar ke
atas jelly dengan perlahan dan biarkan sejuk.
7. Masukkan sebahagian lagi
agar-agar dengan perisa rose.
8. Apabila agar-agar sudah agak
keras, cakar sedikit dan tuangkan agar-agar yang perisa rose pula.
9. Biarkan ia keras sepenuhnnya
dan sedia untuk dinikmati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan