Bahan-bahan :
Spageti
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos pasta cendawan Prego (ikut rasa masam yang
disukai)
Isi ayam (dicincang)
Daging burger (dipotong)
Gula dan garam secukup rasa
Minyak zaitun
Cara Membuatnya :
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan bawang
putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan masak sekejap agar cili masak.
3. Masukkan isi ayam dan daging burger.
4. Tunggu hingga isi ayam masak dan lembut.
5. Kemudian, masukkan sos pasta cendawan Prego dan sedikit
air.
6. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
7. Masak hingga mendidih, tutup api.
Cara Memasak Spageti :
1. Masukkan air yang banyak ke dalam periuk.
2. Masukkan juga garam dan satu sudu teh minyak zaitun.
3. Masak hingga mendidih dan masukkan spageti.
4. Biarkan hingga spageti masak dan lembut.
5. Angkat dan toskan airnya.
6. Sedia dihidang bersama sos spageti yang dimasak tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan