Bahan-bahan :
1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
5 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung berserbuk penaik
4 sudu besar serbuk milo @ secukupnya.
Cara Membuatnya :
1. Putar marjerin dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan esen vanila dan telur sebiji demi sebiji. Putar lagi hingga sebati.
3. Masukkan tepung berserbuk penaik yang telah diayak.
4. Kacau hingga rata dan sebati. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
5. Satu bahagian dibiarkan kosong dan satu lagi masukkan serbuk milo.
6. Sapu loyang dengan sedikit marjerin agar kek tidak melekat.
7. Tuang adunan kek dalam loyang dan bakar sehingga masak.
8. Cucuk kek menggunakan lidi untuk memastikan kek sudah masak atau belum.
9. Jika tiada sisa kek melekat pada lidi, bermakna kek sudah masak.
10. Sedia untuk dinikmati bersama keluarga.
Sedap ni, just pernah makan. Nanti nak try buat...
BalasPadam