Serimuka Durian

Ahad, 28 Julai 2019

Serimuka Durian

Serimuka Durian

Serimuka Durian

Serimuka Durian

Serimuka Durian

Serimuka Durian
Sumber :
Facebook


Bahan Lapisan Bawah :

2 cawan beras pulut ( basuh dan rendam selama 1 jam )
2 cawan santan
2 sudu besar minyak masak
Garam secukupnya


Bahan Lapisan Atas :

1 cawan durian
½ cawan tepung kastard
½ cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat
1 cawan gula
1 biji telur
Sedikit garam
Pewarna kuning


Cara Memasak Lapisan Bawah :

1. Beras pulut ditoskan airnya.

2. Masukkan dalam loyang bersama bahan-bahan lain.

3. Kukus hingga pulut lembut dan masak.

4. Tekan pulut yang dikukus hingga padat dalam loyang atau bekas.


Cara Memasak Lapisan Atas :

1. Blender semua bahan hingga sebati.

2. Masukkan ke dalam periuk.

3. Masak atas api kecil, kacau agak-agak periuk panas dan tutup api.

4. Tuang bahan yang dimasak ke atas pulut yang ditekan padat.

5. Kukus selama 40 minit.

6. Sejukkan dulu baru dipotong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan