Selasa, 11 Disember 2012

Kek Coklat Moist (Kukus)

Kek Coklat Moist Kukus

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 cawan minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
3 biji telur
Beberapa titik esen vanila


Untuk Topping dan Hiasan

1/2 bar coklat masakan dicampur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. Guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice di atasnya.


Cara Membuatnya :

1. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.

2. Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.

3. Masukkan pula tepung yang siap diayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. Jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.

4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan aluminium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit. Sejukkan.


Sabtu, 8 Disember 2012

Sayur Tom Yam

Sayur Tom Yam

Bahan-bahan :

1 bungkus perencah tom yam
Ayam (dipotong kecil)
3 ulas bawang besar (dimesin)
1 ulas bawang besar (dipotong)
8 batang cili padi (dimesin)
Bunga kobis (dipotong)
2 batang lobak merah (dipotong)
2 biji buah tomato (dipotong)
6 helai daun limau purut
2 batang serai (diketuk sedikit)
Garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Sedikit minyak


Cara Membuatnya :

1. Mesin tiga ulas bawang besar bersama cili padi hingga hancur.

2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan yang dikisar tadi hingga naik bau. Kemudian, masukkan perencah tom yam.

3. Seterusnya, masukkan ayam, serai, garam dan juga daun limau purut. Masak hingga ayam lembut.

4. Masukkan air secukupnya dan juga lobak merah, bunga kobis dan bawang besar yang telah dipotong.

5. Masukkan sedikit air asam jawa dan buah tomato.

6. Masak hingga sayur lobak merah dan bunga kobis menjadi lembut serta mendidih.

7. Sedia untuk dihidang. Enak dimakan bersama nasi, mee atau bihun mengikut selera masing-masing.

Rabu, 5 Disember 2012

Agar-agar Laici Susu

Agar-agar Laici Susu

Bahan-bahan :

37.5 gram agar-agar bertali
1 tin laici
1 cawan susu cair
Gula secukup rasa
6 cawan air


Cara Membuatnya :

Rebus agar-agar bersama 6 cawan air hingga agar-agar hancur. Agar-agar hendaklah sentiasa dikacau agar kembang dan hancur dengan baik. Kemudian, masukkan pula gula secukup rasa. 

Blender setengah buah laici yang berada dalam tin bersama airnya. Mesin hingga hancur. 

Setengah lagi buah laici yang tinggal, hendaklah dipotong kecil dan asingkannya dengan memasukkan ke dalam acuan.

Seterusnya, masukkan  air laici yang dimesin tadi dan 1 cawan susu cair. Setelah mendidih, cepat-cepat tutup api dan tuangkan ke dalam acuan yang berisi laici yang dipotong tadi.

Masukkan ke dalam peti sejuk. Apabila telah sejuk dan keras bolehlah dimakan. Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera....