Sumber Resipi
:
Radziah Radzi
Bahan-bahan
:
1 cawan mentega @ planta
1 cawan gula halus
4 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri (self raising)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar ovellate
1 sudu besar coklat emulco
1 sudu besar serbuk koko
Cara
Membuatnya :
1. Putar mentega bersama gula sampai kembang dan gebu.
2. Masukkan esen vanila
dan ovellate kacau sebati.
3. Kemudian masukkan telur satu persatu. Putar lagi sampai
betul-betul kembang.
4. Masukkan tepung sikit demi sedikit sehingga habis.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
6. Bahagian coklat masukkan coklat emulco dan serbuk koko.
7. Sapukan loyang dengan marjerin. Letak adunan sesudu demi
sesudu berselang seli.
8. Akhir sekali, buat corak di atasnya mengikut kreativiti
masing-masing.
9. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama lebih kurang 45
minit.
Nota :
1. Kalau guna tepung gandum perlu tambah 1 sudu teh baking
powder dan diayak.
2. Jika tiada coklat emulco, boleh masukkan serbuk koko lebih sedikit.