Ahad, 5 Mei 2013

Kek Limau Biasa


Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
5 biji telur ayam
1 sudu besar baking powder
1 sudu teh esen limau
1 biji lemon (diparut kulitnya sahaja)
2 cawan tepung gandum


Cara Membuatnya :

1. Putar marjerin dan gula hingga kembang dan gebu.

2. Masukkan esen limau dan juga parutan kulit lemon. 

3. Seterusnya, masukkan telur sebiji demi sebiji dan dikacau. 

4. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Kacau hingga sebati.

5. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit marjerin. 

6. Bakar hingga masak.
 

Selasa, 30 April 2013

Air Tembikai


Bahan-bahan :


½ biji buah tembikai
6 sudu besar gula pasir
Air
Ketul ais


Cara Membuatnya :


1. Cuci dan potong buah tembikai. Asingkan sedikit tembikai untuk dipotong dadu sebagai hiasan.

2. Larutkan gula di dalam air panas untuk membuat sirap atau air gula.

3. Kisar tembikai dengan air, kemudian campurkan dengan sirap dan masukkan ke dalam jag.

4. Akhir sekali, masukkan ketul ais secukupnya. Biarkan sejuk.

5. Sedia untuk dinikmati.

Roti Roll Sardin (Ain)


Bahan-bahan :


1 tin sardin kecil (dihancurkan isi)
1 ulas bawang besar (dicincang halus)
½ biji limau nipis
Sedikit garam
Roti sandwich secukupnya
1 biji telur (untuk gamkan roti)


Cara Membuatnya :


1. Campurkan sardin bersama sosnya, bawang besar, perahan air limau nipis dan juga sedikit garam di dalam periuk. Masak hingga agak kering dan bolehlah ditutup api.

2. Ambil sekeping roti, isikan inti sardin. Lipat rapat-rapat menjadi roll. Gamkan dengan telur. Boleh juga membuang kulit tepinya agar nampak lebih kemas.

3. Goreng hingga kekuningan menggunakan minyak yang panas.

4. Sedia untuk dihidang.