Jumaat, 17 Mei 2013

Talam Ubi Kayu



Bahan Untuk Lapis Bawah :


1 kilo ubi kayu (dikisar atau diparut)
2 cawan santan @secukupnya
1 cawan gula merah
4 sudu besar  gula pasir @ secukup rasa


Bahan Untuk Lapis Atas :


1 cawan tepung beras
1 ¾ cawan santan pekat
1 biji telur
½ sudu teh garam


Cara Membuat Lapis Bawah :


1. Panaskan kukusan dan ratakan minyak pada loyang.

2. Masak gula merah bersama santan sehingga gula merah hancur. Tapiskan.

3. Ambil ubi dan campurkan dengan gula merah yang dimasak tadi bersama dengan gula pasir. Kacau hingga semuanya sekata. Jika masih keras, tambahkan santan.

4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak anggaran selama ½ jam.


Cara Membuat Lapis Atas :


1. Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapiskan.

2. Cakar-cakarkan sedikit lapisan bawah dan tuang adunan lapisan atas tadi. Kukus semula selama 25 minit.
 
3. Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidang.

Cucur Ubi Kayu (Manis)


Bahan-bahan :

Ubi kayu (direbus dan dilenyek)
Kelapa parut
Gula
Sedikit garam
Tepung gandum


Cara Membuatnya :

Ubi kayu direbus dan dilenyek sehingga hancur. Masukkan sedikit sahaja garam, gula secukup rasa dan juga kelapa parut.

Seterusnya, masukkan sedikit air agar ianya tidak terlalu keras. Gaulkan.

Akhir sekali, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaulkan kesemuanya hingga adunan dapat dibentuk.

Panaskan minyak di dalam kuali. Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan sebesar bola ping-pong atau mengikut citarasa anda. Pastikan tangan anda sentiasa basah agar mudah dibentuk.

Masukkan ke dalam kuali dan buat lagi sehingga habis.

Goreng hingga cucur berwarna keemasan atau garing.

Isnin, 6 Mei 2013

Sandwich Telur Goreng


Bahan-bahan :


Roti sandwich
2 biji telur
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam halus
Sos cili
Mayonis
Sedikit minyak


Cara Membuatnya :


1. Satukan telur, garam halus dan lada sulah di dalam bekas. Kemudian kacau atau kokok sedikit agar ianya sebati. 

2. Panaskan kuali dengan memasukkan sedikit minyak. Tuangkan telur yang dikacau tadi dan goreng hingga masak. 

3. Hancurkan telur yang digoreng dan masukkan sos cili dan mayonis secukup rasa.

4. Ambil sekeping roti sandwich  dan letakkan telur di atasnya. Ratakan hingga kena pada semua permukaan roti. Ambil sekeping lagi roti sandwich dan tangkupkan di atasnya.

5. Potong dua roti tersebut untuk membentuk segitiga. Sedia untuk dihidang.