Selasa, 28 Mei 2013

Kerepek Ubi Kayu Bercili Bombastic


Bahan-bahan :

 
Ubi kayu (dihiris nipis dan digoreng)
10 tangkai cili kering
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Gula
Garam
Sedikit perasa (jika suka)


Cara Membuatnya :


1. Ubi kayu dihiris nipis dan digoreng.

2. Blender cili kering bersama bawang merah dan bawang putih. Blender jangan terlalu lumat.

3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan yang dikisar tadi dan masukkan air. Biarkan seketika.

4. Masukkan gula (lebih sedikit), garam, perasa dan masak hingga agak kering dan pecah minyak.

5. Seterusnya, masukkan ubi yang digoreng dan gaul dalam kuali sekejap sahaja. Tutup api. Sedia untuk dihidang.


Nota : Pastikan cili agak kering dan pecah minyak supaya kerepek tidak menjadi lembut. Jika anda inginkan kerepek lebih pedas, boleh tambahkan cili.
 

Jumaat, 17 Mei 2013

Talam Ubi Kayu



Bahan Untuk Lapis Bawah :


1 kilo ubi kayu (dikisar atau diparut)
2 cawan santan @secukupnya
1 cawan gula merah
4 sudu besar  gula pasir @ secukup rasa


Bahan Untuk Lapis Atas :


1 cawan tepung beras
1 ¾ cawan santan pekat
1 biji telur
½ sudu teh garam


Cara Membuat Lapis Bawah :


1. Panaskan kukusan dan ratakan minyak pada loyang.

2. Masak gula merah bersama santan sehingga gula merah hancur. Tapiskan.

3. Ambil ubi dan campurkan dengan gula merah yang dimasak tadi bersama dengan gula pasir. Kacau hingga semuanya sekata. Jika masih keras, tambahkan santan.

4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak anggaran selama ½ jam.


Cara Membuat Lapis Atas :


1. Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapiskan.

2. Cakar-cakarkan sedikit lapisan bawah dan tuang adunan lapisan atas tadi. Kukus semula selama 25 minit.
 
3. Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidang.

Cucur Ubi Kayu (Manis)


Bahan-bahan :

Ubi kayu (direbus dan dilenyek)
Kelapa parut
Gula
Sedikit garam
Tepung gandum


Cara Membuatnya :

Ubi kayu direbus dan dilenyek sehingga hancur. Masukkan sedikit sahaja garam, gula secukup rasa dan juga kelapa parut.

Seterusnya, masukkan sedikit air agar ianya tidak terlalu keras. Gaulkan.

Akhir sekali, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaulkan kesemuanya hingga adunan dapat dibentuk.

Panaskan minyak di dalam kuali. Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan sebesar bola ping-pong atau mengikut citarasa anda. Pastikan tangan anda sentiasa basah agar mudah dibentuk.

Masukkan ke dalam kuali dan buat lagi sehingga habis.

Goreng hingga cucur berwarna keemasan atau garing.