Selasa, 16 Julai 2013

Cara Membuka Tin Makanan Dengan Betul

Susu F&N
Sebelum membuka apa-apa tin sekali pun, basuh bahagian atas tin dengan air yang mengalir terlebih dahulu. Kemudian lap dengan kain bersih. Begitu juga dengan pemotong pembuka tin harus dibasuh dengan bersih. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan apa-apa bakteria atau kuman dari menjangkiti makanan di dalam tin.

Lakukan perkara yang sama sesudah ia digunakan. Jika tidak bahagian pemotong pembuka tin ini mungkin akan menjadi salah satu tempat pembiakan bakteria. Sekiranya anda menggunakan pemotong tin elektrik, cucikannya dengan air suam bersabun. Selepas itu lapkan dengan kain bersih.

Sumber : Mingguan Wanita
 

Pelbagai Petua Untuk Landas Cincang

Landas Cincang

1. Setiap kali hendak memotong, menghiris atau mencincang makanan di atas landas cincang (cutting board), pilihlah landas cincang yang diperbuat daripada plastik atau kayu. Elakkan dari memilih landas cincang yang lebih keras kerana ini akan menyebabkan pisau menjadi tumpul atau calar.

2. Gunakan landas yang sama setiap kali hendak memotong daging dan gunakan landas cincang yang lain pula untuk memotong sayur-sayuran atau buah. Tapi jika anda memiliki hanya satu landas cincang di rumah, tidak mengapa. Tak perlu susah-susah membeli satu lagi landas cincang. Cuma pastikan anda potong sayur-sayuran terlebih dahulu sebelum memotong daging mentah.

3. Cuci papan atau landas cincang dengan air suam setiap kali sudah digunakan.

Sumber : Mingguan Wanita
 

Petua Mengharumkan Dapur

Ruang Dapur

Masalah dapur berbau kurang menyenangkan memang biasa dialami setiap orang. Masalah ini seringkali berlaku terutamanya selepas selesai menyiang ikan, daging dan ayam. Bagi mengatasi masalah ini, rebuskan beberapa keping kulit kayu manis bersama dengan bunga cengkih dan cuka biasa. Gunakan air rebusan itu untuk menyembur atau mengelap meja, cabinet, jubin dan singki di dapur anda. Insya-Allah bau hanyir dan bau-bau kurang menyenangkan akan hilang.

Sumber : Mingguan Wanita