Bahan-bahan :
4 cawan ubi kayu parut
2 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir
½ sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning
Cara Membuatnya :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius, api
atas dan bawah.
2. Parut ubi kayu dan sukat menjadikan empat cawan.
3. Masukkan semua bahan lain dan
kacau rata sehingga gula hancur.
4. Tuang ke dalam loyang berukuran 8X8 inci dan ratakan
permukaannya.
5. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling
bawah.
6. Bakar selama 1 jam – 1 ½ jam atau hingga bahagian atas
bengkang keperangan.
7. Setelah masak, sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum
dipotong.
8. Kuih akan lekang dari tin pembakar apabila ia berada pada
suhu bilik.
Nota :
1. Boleh bakar lebih 2 jam atau mengikut tahap garing
yang dikehendaki.
2. Boleh gantikan dengan santan kotak saiz kecil dan
selebihnya masukkan air.