Sumber Resipi :
Bahan A :
½ cawan gula merah
½ cawan gula pasir
2 cawan air
2 helai daun pandan
Bahan
B :
11 gram yis mauripan
½ cawan air suam
1 sudu kecil gula halus
Bahan
C :
4 cawan tepung gandum
Secubit garam
Cara
Membuatnya :
1. Masak bahan A hingga gula
larut, tapis dan sejukkan. Ketepikan dahulu.
2. Dalam bekas lain, bancuh bahan
B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
3. Satukan bahan C ke dalam
mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yang telah sejuk tadi.
4. Gaul sebati dan masukkan bahan
B tadi. Kacau hingga sebati, tutup dan perap selama 1 jam.
5. Lenserkan loyang 10x10x3 inci dengan sedikit minyak dan
tuangkan adunan ke dalam loyang. Biarkan selama 10 minit. Kemudian, kukus
adunan selama 40 minit.
6. Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah dipotong dengan
menggunakan pisau tajam dengan cara seperti gergaji ke depan ke belakang supaya
kuih tidak kelihatan mampat.
7. Sedap dimakan bersama kelapa
parut putih yang digaul dengan sedikit garam.
Nota
Sajian Hati :
- Boleh juga menggunakan acuan
kecil, sapukan minyak sekeliling acuan dan tuangkan ¾ adunan apam yang diperap
sejam tadi ke dalam acuan.
- Biar sebentar dalam 5 minit dan kukus selama 20 minit.
- Biar sebentar dalam 5 minit dan kukus selama 20 minit.