Sumber Resipi :
Bahan-bahan
:
6 cawan air kelapa muda (daripada
3 biji kelapa muda yang agak besar saiznya)
Isi kelapa muda (seeloknya yang
lembut dikokot menggunakan sudu. Jika isi kelapa muda agak keras, gunting
kecil-kecil)
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
2 biji telur gred B
8-10 sudu besar gula pasir (jika
air kelapa sudah manis boleh kurangkan gula)
Secubit garam
Cara
Membuatnya:
1. Lenser loyang berukuran 8X8
inci atau yang bersesuaian dengan sedikit marjerin. Tidak perlu dialas.
2. Panaskan oven pada suhu 200
oC api atas dan bawah.
3. Masukkan telur dan gula ke
dalam mangkuk adunan. Pukul telur dan gula bersama sedikit garam menggunakan
'whisk' (pemukul telur manual) hingga gula larut dan telur berbuih. Tak perlu
kembang.
4. Masukkan tepung beras, tepung
gandum dan air kelapa secara berselang-seli, sedikit demi sedikit hingga habis
sambil digaul menggunakan 'whisk’. Pastikan adunan sebati.
5. Masukkan bater ke dalam
loyang. Letakkan loyang di rak paling bawah di dalam oven. Bakar pada suhu 200 oC.
Selepas 15 minit, keluarkan loyang dan kacau adunan kuih agar kuih tidak mendap
ke bawah.
6. Setelah dikacau rata, Taburkan
isi kelapa muda di permukaan kuih. Terus membakar kuih di bahagian tengah oven
selama 30-40 minit atau sehingga kuih masak. Bahagian atas kuih nampak
keperangan apabila kuih masak.
7. Sejukkan kuih sepenuhnya
sebelum dihidang dan dipotong.
Tips
Masakan
- - Gunakan
cawan yang sama saiznya untuk menyukat tepung beras dan air kelapa.
- - Tepung
gandum disukat penuh sudu dan bukan rata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan