Khamis, 9 Ogos 2012

Tart Pandan Nanas

Tart Pandan Nanas

Bahan-bahan :

250 gram mentega
200 gram tepung gandum
100 gram tepung jagung
100 gram tepung kastard
100 gram gula aising
1 sudu teh esen pandan
½ sudu teh pewarna hijau
Jem nanas secukupnya
Kuning telur

Cara Membuatnya :

1. Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang. Masukkan esen pandan dan pewarna hijau.

2.  Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard. Uli sehingga sebati.

3. Bentuk kuih tart mengikut acuan tart kegemaran. Isikan jem nanas dan sapu kuning telur di atasnya.

4. Bakar pada suhu 170-180oC selama 20-25 minit.

Biskut Bunga Cina

Biskut Bunga Cina

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
½ cawan gula halus
2 camca susu pekat
2 biji telur ayam putih sahaja
1 ½ cawan tepung gandum
2 ½ cawan tepung jagung

Cara Membuatnya :

Pukul marjerin dan gula halus sehingga kembang. Masukkan telur dan juga susu. Kacau hingga rata.

Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh. Jika masih lembut, tambahkan tepung jagung secukupnya.

Tekan dengan menggunakan acuan biskut bunga cina. Acuan biskut bunga cina adalah sama dengan acuan kuih samperit.

Letakkan ceri merah di atasnya. Bakar sehingga masak.

Rabu, 8 Ogos 2012

Biskut Sarang Semut

Biskut Sarang Semut

Bahan-bahan :

1 buku mentega @ 250 gram
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum yang diayak
2 cawan tepung kastard yang diayak
1 susu teh esen vanila
Coklat rice  (untuk hiasan)

Cara Membuatnya :

Pukul mentega dan gula sehingga putih atau gebu. Masukkan esen vanila.

Seterusnya, masukkan tepung gandum dan tepung kastard sedikit demi sedikit. Gaul sehingga menjadi doh lembut.

Simpan sekejap dalam peti sejuk agar senang diparut.

Ambil sedikit doh dan parut. Scoop doh yang diparut ke dalam paper cup dan tabur coklat rice.

 Bakar dalam suhu 150°C selama 15 minit.