Rabu, 24 Oktober 2012

Ubi Kentang Goreng

Ubi Kentang Goreng

Bahan-bahan :

Ubi kentang (dikupas kulit dan dipotong)
Garam
Mayonis
Sos cili
Serbuk kunyit


Cara Membuatnya :

Basuh ubi kentang yang dipotong. Campurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.

Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ubi kentang hingga garing dan empuk.

Campurkan mayonis dengan sedikit serbuk kunyit. Kacau hingga sebati.

Hidangkan ubi di dalam pinggan. Salutkan dengan mayonis yang dicampurkan dengan serbuk kunyit tadi beserta sos cili.

Sedia untuk dihidang bersama ayam goreng atau dimakan begitu sahaja.

Isnin, 15 Oktober 2012

Serawa Ubi Keledek

Serawa Ubi Keledek

Bahan-bahan :

Ubi keledek (dikupas dan dipotong kecil)
Gula merah
Gula pasir
Santan cair
Santan pekat
Sagu
Sedikit garam
Daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

Ubi keledek direbus hingga empuk. Sementara itu, masak gula merah bersama sedikit air sehingga gula merah larut. Tapiskan.

Masukkan gula merah ke dalam ubi yang telah empuk tadi. Masukkan juga gula pasir secukup rasa.

Setelah itu, masukkan santan cair, daun pandan dan sedikit garam. Masak hingga mendidih. Kemudian, masukkan sagu dan dibiarkan seketika hingga sagu betul-betul masak.

Akhir sekali, masukkan santan pekat dan biarkan mendidih. Tutup api dengan segera. Jangan biarkan mendidih terlalu lama kerana boleh menyebabkan pecah minyak santan tersebut.

Sedia untuk dihidang.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Tart Nenas

Tart Nenas

Bahan-bahan :

250 gram mentega
200 gram tepung gandum
100 gram tepung jagung
100 gram tepung kastard
100 gram gula aising
1 sudu teh esen vanila
Jem nenas secukupnya
Kuning telur


Cara Membuatnya :

1. Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang. Masukkan esen vanila.

2.  Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard. Uli sehingga sebati.

3. Bentuk kuih tart mengikut acuan tart kegemaran. Isikan jem nenas dan sapu kuning telur di atasnya.

4. Bakar pada suhu 170-180oC selama 20-25 minit.