Khamis, 20 Disember 2012

Serawa Labu


Bahan-bahan :
 
Sebiji buah labu (dikupas dan dipotong kecil)
Gula merah
Gula pasir
Santan cair
Santan pekat
Sagu
Sedikit garam
Daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

Buah labu direbus hingga empuk.

Sementara itu, masak gula merah bersama sedikit air sehingga gula merah larut. Tapiskan.

Masukkan gula merah ke dalam labu yang telah empuk tadi. Masukkan juga gula pasir secukup rasa.

Setelah itu, masukkan santan cair, daun pandan dan sedikit garam. Masak hingga mendidih. Kemudian, masukkan sagu dan dibiarkan seketika hingga sagu betul-betul masak.

Akhir sekali, masukkan santan pekat dan biarkan mendidih. Tutup api dengan segera. Jangan biarkan mendidih terlalu lama kerana boleh menyebabkan pecah minyak santan tersebut.

Sedia untuk dihidang.

Apam Labu Manis

apam labu manis

Bahan-bahan :

1 cawan labu rebus (lenyek halus)
3/4 cawan gula pasir
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
200ml air
250ml santan kelapa
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh yis


Cara Membuatnya :

1. Satukan kesemua bahan (masukkan dalam mixer) gaul hingga sebati.

2. Perap adunan selama 1-1 1/2 jam.

3. Sapukan acuan dengan minyak.

4. Kukus selama 15-20 minit menggunakan api yang kuat.

5. Kalau suka boleh dimakan bersama kelapa parut putih yang dicampur sedikit garam.

    Sumber : Blog yatiememories
 

Selasa, 11 Disember 2012

Kek Coklat Kukus Munirah


Kek Coklat Kukus Munirah
Sebelum Letak Coklat

Bahan A :

3/4 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair atau susu segar
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

*Semua bahan di atas iaitu bahan A digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap..


Bahan B (diayak) :

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder


Bahan C :

4 biji telur - diblender atau dipukul sehingga kembang.


Cara Membuatnya :

1. Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara berselang-seli dan gaul dengan menggunakan senduk.

2. Bila sudah sebati masukkan ke dalam loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kata Puan Munirah, loyang perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum memasukkan adunan kek tadi.

3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 minit yang pertama kerana takut kek menjadi mendap. Selamat Mencuba…

Resepi Asal : Puan Munirah Baharom