Sabtu, 27 April 2013

Bubur Ayam Berempah (Kari)


Bahan-bahan :


½ ekor ayam (dipotong kecil)
3 cawan beras
4 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
Halia  (dihiris)
5 sudu besar serbuk kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
Sayur sawi
1 tangkai daun kari
Lobak merah (dipotong dadu)
Santan
Garam secukup rasa
Sedikit perasa (jika perlu)
Minyak untuk menumis


Cara Membuatnya :


1. Masak beras dengan air yang banyak sehingga hancur. Hendaklah dikacau selalu agar tidak berkerak dan nasi hancur dengan baik.

2. Sementara menunggu nasi lembut, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dihiris iaitu bawang merah, bawang putih dan halia beserta daun kari. Tumis hingga wangi dan kekuningan.

3. Setelah bawang menjadi kuning dan wangi, masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air tadi. Masukkan juga ayam dan sedikit garam. Tambahkan air jika terlalu kering.  Masak hingga ayam lembut. Tutup api.

4. Apabila nasi telah hancur dan lembut masukkan sayur sawi dan juga lobak merah. Biarkan seketika sehingga sayur menjadi lembut.

5. Kemudian, masukkan ayam yang dimasak tadi bersama kuahnya. Masukkan juga santan dan garam secukup rasa.

6. Tunggu hingga mendidih. Sedia untuk dihidang.

Isnin, 22 April 2013

Aiskrim Asam Ko



Bahan-bahan :


Beberapa biji  buah asam ko
Gula
Air secukupnya


Cara Membuatnya :


1. Larutkan gula di dalam air panas. Kemudian masukkan air masak hingga cukup rasa manisnya seperti yang dikehendaki.

2. Masukkan sebiji buah asam ko ke dalam plastik aiskrim. Jika hendak jimat, boleh dibelah dua dan masukkan sebelah sahaja.

3. Seterusnya, tuangkan air gula yang dibancuh tadi. Ikat hujung plastik tersebut dengan kemas.

4. Bekukan hingga keras dan sedia untuk dinikmati.
 

Aiskrim Buah Markisa

Aiskrim Buah Markisa yang telah disejukkan

Sebelum disejukkan

Buah Markisa yang mempunyai banyak khasiatnya

 

Bahan-bahan :

 

5 biji buah markisa
Air gula secukupnya
Air masak


Cara Membuatnya :

 

1. Belah dua buah markisa dan ambil isi di dalamnya. Kisar di dalam blender bersama sedikit air.
 
2. Tapis bahan yang dikisar tadi menggunakan penapis. Tambahkan air masak sedikit demi sedikit jika terlalu pekat.
 
3. Seterusnya, masukkan air gula secukup rasa. Kacau hingga sebati.
 
4. Tuangkan air markisa tersebut di dalam plastik aiskrim dan diikat. 
 
5. Bekukan hingga keras. Sedia untuk dinikmati.