Bahan-bahan :
½ ekor ayam (dipotong kecil)
3 cawan beras
4 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
Halia (dihiris)
5 sudu besar serbuk kari daging
(dibancuh dengan sedikit air)
Sayur sawi
1 tangkai daun kari
Lobak merah (dipotong dadu)
Santan
Garam secukup rasa
Sedikit perasa (jika perlu)
Minyak untuk menumis
Cara Membuatnya :
1. Masak beras dengan air yang
banyak sehingga hancur. Hendaklah dikacau selalu agar tidak berkerak dan nasi
hancur dengan baik.
2. Sementara menunggu nasi
lembut, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dihiris iaitu bawang
merah, bawang putih dan halia beserta daun kari. Tumis hingga wangi dan
kekuningan.
3. Setelah bawang menjadi kuning
dan wangi, masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air tadi. Masukkan
juga ayam dan sedikit garam. Tambahkan air jika terlalu kering. Masak hingga ayam lembut. Tutup api.
4. Apabila nasi telah hancur dan
lembut masukkan sayur sawi dan juga lobak merah. Biarkan seketika sehingga
sayur menjadi lembut.
5. Kemudian, masukkan ayam yang
dimasak tadi bersama kuahnya. Masukkan juga santan dan garam secukup rasa.
6. Tunggu hingga mendidih. Sedia
untuk dihidang.
bubur memang sedap..skang ni pun tengah mkn bubur..tapi cup porridge ja..hihi..
BalasPadam