Bahan-bahan
:
1 bungkus bihun (direndam
seketika)
4 sudu besar cili yang sudah
dikisar
1 ulas bawang besar (dihiris)
1/3 ekor ayam (dipotong kecil)
Sayur sawi
Kacang buncis
Daun sup dan daun bawang
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula
Sedikit sos cili
Kicap secukup rasa
Cara
Membuatnya :
1. Panaskan sedikit minyak di
dalam kuali, tumis bawang merah hingga kekuningan serta naik bau.
2. Masukkan cili yang dikisar dan
juga ayam. Tunggu hingga naik minyak.
3. Seterusnya, masukkan air secukupnya
beserta gula, garam, sedikit sos cili dan kicap secukup rasa. Masukkan juga
sayur sawi dan kacang buncis.
4. Biarkan sayur agak lembut dan
bolehlah dimasukkan bihun.
5. Gaul hingga sebati dan tutup
api apabila bihun telah masak dan kuahnya kering.
6. Taburkan hirisan daun sup dan
daun bawang agar lebih membangkitkan aroma. Sedia untuk dihidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan