Jumaat, 8 November 2013

Kek Coklat Kukus Kak Sheila

Kek Coklat Kukus Kak Sheila
Kek Coklat Kukus Kak Sheila

Kek Coklat Kukus

Bahan-bahan :

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
½ cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur


Cara Membuatnya :

1. Pukul telur dengan gula hingga kembang dan gebu.

2. Masukkan esen vanila dan susu pekat manis.

3. Campurkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat di dalam pengayak dan ayakkannya bersama-sama.

4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga habis dan kacau hingga semuanya sebati.

5. Akhir sekali, masukkan minyak masak.

6. Sapu loyang dengan sedikit marjerin atau boleh alaskan kertas minyak di atasnya. Tuangkan adunan ke dalam loyang untuk dikukus.

7. Panaskan periuk pengukus terlebih dahulu dan kukus sehingga masak.

8. Letakkan coklat masakan atau topping agar kek lebih enak dan menarik. 

9. Sedia untuk dihidang.

Khamis, 7 November 2013

Kuih Sagu Pandan

Kuih Sagu Pandan

Bahan-bahan :

2 cawan sagu dibasuh dan ditoskan airnya
4 cawan air
2-3 helai daun pandan
1 cawan gula pasir
Pewarna hijau
Kelapa parut dibuang kulitnya
Sedikit garam


Cara Membuatnya :

1. Mesin daun pandan dengan 1 cawan air. Tapis untuk mendapatkan airnya.

2. Masukkan 3 cawan air, gula, air daun pandan yang dimesin tadi dan pewarna hijau di dalam kuali. Masak hingga gula larut dan air mendidih.

3. Apabila air telah mendidih, masukkan sagu. Kacau hingga sagu masak dan airnya telah kering. Setelah itu, masukkan ke dalam bekas atau loyang dan dibiarkan sejuk.

4. Apabila telah sejuk, kelapa parut dicampurkan dengan sedikit garam. Kemudian, potong kuih dan salutkan dengan kelapa parut tadi.

5. Sedia untuk dihidang.

Kek Oren Simple

Kek Oren Simple
Bahan-bahan :

1 biji buah oren
1 cawan minyak
1 ½ cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum (diayak bersama baking powder)
1 sudu besar baking powder (diayak)
Pewarna oren


Cara Membuatnya :

1. Parut sedikit kulit oren. Jangan terlalu banyak kerana boleh menyebabkan kek menjadi pahit. Cukuplah sedikit untuk memberikan aroma yang harum. Ketepikan dahulu.

2. Oren dipotong, di buang biji dan urat putih ditengah-tengah, kemudian oren di potong kecil-kecil.

3. Masukkan dalam blender bersama minyak, gula dan telur dan kisar sehingga halus.

4. Tuangkan bahan-bahan kisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit. Masukkan sedikit pewarna oren beserta parutan kulit oren tadi. Kacau hingga sebati.

5. Tuangkan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan minyak.

6. Bakar pada suhu 170°C selama 40 minit hingga 1 jam atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.

Sumber : iresepi