Khamis, 19 Disember 2013

Jumaat, 13 Disember 2013

Kuih Bengkang Pandan

Kuih Bingka Pandan

 Bahan-bahan :

1 cawan jus pandan (12 helai daun pandan + 200 ml air diblender atau air tambah pandan esen )
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan pekat 
2 sudu makan butter
3 biji telur
1/2 sudu the garam
Pewarna hijau sekiranya guna esen pandan


Cara Membuatnya :

Daun pandan dihiris dan diblender bersama 200 ml air. Setelah blender, tapiskan dan ambil jus pandan tersebut.

Campurkan semua bahan-bahan iaitu gula, tepung gandum, santan pekat, butter, garam, telur dan jus pandan. Putar dengan menggunakan mixer atau blender sampai sebati.

Sapukan sedikit minyak pada loyang dan masukkan ke dalam oven untuk beberapa minit sehingga minyak panas.

Apabila minyak telah panas, masukkan campuran tadi ke dalam loyang. Bakar pada suhu 180 degree sampai garing.

Khamis, 12 Disember 2013

Bubur Puteri Mandi Durian @ Wadai Kepeng Durian

Bubur Puteri Mandi Durian atau Wadai Kepeng Durian
Kuih tradisional orang Banjar
Bahan-bahan :

3 cawan tepung pulut
½ cawan tepung beras
Kapur sirih
Santan
½ cawan gula merah
Gula pasir secukup rasa
Sedikit garam
Durian


Cara Membuatnya :

1. Campurkan tepung beras dan tepung pulut di dalam satu bekas.

2. Bancuh dengan air yang diletak sedikit kapur sirih. Uli sehingga tidak melekat di tangan seperti membuat kuih buah melaka.

3. Buat bentuk bulat dan dipenyek sebesar duit syiling 5 sen. Selepas masak, ia akan menjadi lebih besar. Bentukkan sehingga habis.

4. Apabila semuanya sudah siap, ketepikan dahulu.

5. Masak gula merah dan gula putih bersama sedikit air sehingga gula hancur. Tapiskan.

6. Campurkan santan dan gula yang dimasak tadi bersama sedikit garam. Masak di atas api hingga mendidih.

7. Apabila sudah mendidih masukkan kuih yang dileperkan tadi bersama buah durian. Kacau supaya kuih tidak bergumpal sesama sendiri.

8. Setelah kesemua kuih timbul di permukaan santan barulah kuih tersebut telah masak. Tutup api dan bolehlah dihidang.