Koleksi Masakan Tahun 2010 hingga 2013
Khamis, 19 Disember 2013
Jumaat, 13 Disember 2013
Kuih Bengkang Pandan
Bahan-bahan :
1 cawan jus pandan (12 helai daun pandan + 200 ml air diblender atau air tambah pandan esen )
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan pekat
2 sudu makan butter
3 biji telur
1/2 sudu the garam
Pewarna hijau sekiranya guna esen pandan
Cara Membuatnya :
Daun pandan dihiris dan diblender bersama 200 ml air. Setelah blender, tapiskan dan ambil jus pandan tersebut.
Campurkan semua bahan-bahan iaitu gula, tepung gandum, santan pekat, butter, garam, telur dan jus pandan. Putar dengan menggunakan mixer atau blender sampai sebati.
Sapukan sedikit minyak pada loyang dan masukkan ke dalam oven untuk beberapa minit sehingga minyak panas.
Apabila minyak telah panas, masukkan campuran tadi ke dalam loyang. Bakar pada suhu 180 degree sampai garing.
Khamis, 12 Disember 2013
Bubur Puteri Mandi Durian @ Wadai Kepeng Durian
Kuih tradisional orang Banjar |
Bahan-bahan
:
3 cawan tepung pulut
½ cawan tepung beras
Kapur sirih
Santan
½ cawan gula merah
Gula pasir secukup rasa
Sedikit garam
Durian
Cara
Membuatnya :
1. Campurkan tepung beras dan tepung
pulut di dalam satu bekas.
2. Bancuh dengan air yang diletak
sedikit kapur sirih. Uli sehingga tidak melekat di tangan seperti membuat kuih
buah melaka.
3. Buat bentuk bulat dan dipenyek
sebesar duit syiling 5 sen. Selepas masak, ia akan menjadi lebih besar.
Bentukkan sehingga habis.
4. Apabila semuanya sudah siap,
ketepikan dahulu.
5. Masak gula merah dan gula
putih bersama sedikit air sehingga gula hancur. Tapiskan.
6. Campurkan santan dan gula yang
dimasak tadi bersama sedikit garam. Masak di atas api hingga mendidih.
7. Apabila sudah mendidih
masukkan kuih yang dileperkan tadi bersama buah durian. Kacau supaya kuih tidak
bergumpal sesama sendiri.
8. Setelah kesemua kuih timbul di
permukaan santan barulah kuih tersebut telah masak. Tutup api dan bolehlah
dihidang.
Ahad, 8 Disember 2013
Air Kelapa Muda
Bahan-bahan
:
2 biji kelapa muda (ambil air dan
isinya)
Gula secukup rasa
Air panas
Ketul ais secukupnya
Cara
Menyediakannya :
Masukkan air dan isi kelapa
muda ke dalam jug.
Larutkan gula di dalam air
panas untuk menghasilkan air gula.
Kemudian, masukkan air gula
yang dibancuh tadi ke dalam jug yang berisi air kelapa. Kacau hingga semuanya
sebati.
Akhir sekali, masukkan ketul
ais secukupnya. Tuangkan di dalam gelas.
Sedia untuk dihidang.
Khamis, 5 Disember 2013
Agar-agar Kelapa Muda
Agar-agar Kelapa Muda yang enak |
Menyejuk dan melegakan tekak |
Bahan-bahan
:
20 gram agar-agar bertali
2-3 biji buah kelapa muda
(diambil isi dan airnya)
Gula secukupnya
2 cawan air
Cara
Membuatnya :
1. Masak agar-agar bersama 2
cawan air dan 1 cawan air kelapa muda hingga agar-agar betul-betul hancur dan
mendidih.
2. Masukkan gula secukupnya
bergantung kepada rasa air kelapa. Jika air kelapa berasa agak masam, lebihkan
gula agar dapat menghilangkan rasa masam tersebut. Tunggu hingga gula larut.
3. Seterusnya, masukkan 2 ½ cawan
air kelapa muda bersama isinya. Kacau hingga semuanya sebati dan tutup api.
4. Tuangkan agar-agar ke dalam
bekas mengikut citarasa sendiri.
5. Biarkan agar-agar sejuk dan
keras. Letakkan di dalam peti sejuk agar lebih terasa keenakan dan kedinginan
kelapa.
6. Sedia untuk dihidang dan
selamat mencuba.
Ahad, 1 Disember 2013
Kek Coklat Rehan
Bahan
A :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan air
Bahan
B :
250 gram buttercup
1 ½ cawan gula pasir
6 biji telur
½ sudu teh esen vanila
2 ½ cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
Cara
Membuatnya :
Campurkan kesemua bahan A di
dalam periuk. Masak hingga gula larut dan dibiarkan sejuk.
Pukul buttercup dan gula hingga
kembang. Masukkan esen vanila dan telur.
Apabila sudah sebati, masukkan
bahan A sedikit demi sedikit bersama tepung gandum dan baking powder.
Kacau hingga sebati dan masukkan
dalam bekas kek.
Bakar atau kukus adunan sehingga
masak.
Sedia untuk dihidang.
Karipap Serunding Mini
Bahan-bahan
:
400 gram tepung gandum
150 gram air
1 camca teh garam
4 camca besar marjerin
1 cawan serunding
Minyak masak untuk menggoreng
tenggelam
Cara
Membuatnya :
1. Larutkan garam dalam air.
2. Gaul ramas majerin dan tepung sehingga
tidak nampak lagi butiran-butiran marjerin.
3. Masukkan semua air sekaligus
dan uli sehingga mendapat doh yang sedikit keras.
4. Kandungan air bergantung
kepada tepung jadi jika adunan terlalu lembut, anda boleh menambah tepung.
Begitu juga jika adunan terlalu keras sehingga tak boleh dicanai. Tambahkan air
jika perlu.
5. Canaikan adunan senipis 1 mm.
Isi inti dan bentukkan menjadi karipap menggunakan pencetak. Buat sehingga
habis semua doh.
6. Panaskan minyak dengan api
perlahan. Gorengkan karipap mini sehingga kekuningan.
7. Angkat dan sejukkan sebelum
disimpan dalam bekas kedap udara.
Tip
Masakan :
Faktor paling penting dalam
menghasilkan karipap mini adalah kerangupannya. Kerangupan karipap mini
berlainan dengan kerangupan karipap biasa. Doh karipap mini menggunakan minyak
yang sedikit supaya kerangupannya menyamai kerangupan biskut cream cracker.
Ia
perlu digoreng dengan api perlahan agar dapat menjadikan bahagian dalam kulit
karipap juga garing. Ini bererti keseluruhan kulit karipap masak sepenuhnya dan
menjadi garing. Berbeza dengan karipap biasa yang hanya garing diluar malah
kulitnya lebih rapuh dengan penggunaan minyak yang banyak.
Biasanya karipap mini yang
dibeli sering berbau hapak malah rasanya juga berubah setelah lama disimpan. Disinilah
kegunaan marjerin. Ia dapat mengurangkan risiko ini untuk membolehkan ia
disimpan lebih lama walaupun dibungkus dalam plastik.
Jika membuat karipap biasa,
kita akan menyusun karipap yang siap dibentuk satu persatu dalam dulang supaya
tidak melekat sesama mereka. Apabila menggunakan minyak yang sedikit dalam doh,
kebarangkalian doh untuk melekat semula lebih tinggi.
Jadi anda perlu menguli
doh dengan lebih keras lagi. Takkan nak susun karipap mini yang halus-halus
satu-persatu. Lambakkan karipap mini dalam dulang tanpa perlu risau karipap
berubah bentuk. Bagaimanapun saya nasihatkan supaya anda tidak menindih terlalu
tinggi. Cukuplah setakat 3 lapisan sahaja.
Nota : Resipi dan tips ini saya
copy dari sebuah blog.
Langgan:
Catatan (Atom)