Bahan-bahan
:
200 gram ikan bilis putih
20 tangkai cili kering @ 3-4 sudu
besar cili kisar
1 cm halia (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
3 batang serai (dihiris halus)
Santan secukupnya
1 sudu kecil jintan manis (dikisar)
1 sudu kecil biji ketumbar
(dikisar)
1 labu bawang besar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Cara
Membuatnya :
1. Ikan bilis direndam sekejap,
dibilas dan dikisar bersama bahan-bahan lain termasuklah santan.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam
kuali.
3. Masukkan semua bahan yang
dikisar tadi dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.
4. Masak hingga kering dengan api
sederhana. Hendaklah dikacau selalu agar tidak hangit.
5. Jika masih belum betul-betul
halus, apabila serunding kering, kisar lagi dengan pengisar kering.
Nota
Sajian Hati :
1. Serunding ikan bilis ini boleh
dimakan bersama ketupat, lemang dan pulut.
2. Serunding ini juga boleh
dijadikan popia mini atau kuih simpul kasih.
3. Hasil yang diperoleh agak
banyak juga kerana apabila menghabiskan satu bungkus kulit popia ianya masih
berbaki lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan