Isnin, 3 Mac 2014

Lepat Pisang

Lepat Pisang

Bahan-bahan :

20-25 biji pisang awak
5 sudu besar gula @ secukup rasa
1 ½ cawan santan
2 ½ cawan tepung beras
Sedikit garam
Daun pisang (dilayurkan)


Cara Membuatnya :

1. Masukkan pisang, gula, garam dan santan ke dalam blender.

2. Kisar hingga pisang hancur.

3. Tuangkan ke dalam bekas dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.

4. Kacau hingga semuanya sebati.

5. Ambil daun pisang dan letakkan adunan di tengah dan bungkus dengan kemas.

6. Kukus sehingga masak dan sedia untuk dihidang.


Nota Sajian Hati :

1. Adunan kuih agak cair kerana penggunaan tepung beras. Hal ini kerana jika terlalu pekat, kuih akan menjadi keras.

2. Penggunaan tepung beras membolehkan tekstur lepat menjadi licin dan cantik berbanding tepung gandum serta rasanya yang lebih enak.

3. Keburukannya ialah agak sukar untuk melipatnya kerana mudah terkeluar ketika membungkus. Oleh itu, anda perlu cepat dan cekap semasa membungkusnya.

Selasa, 25 Februari 2014

Kek Alunan Kasih

kek alunan kasih

Sumber Resipi :

Diolah Kembali :

Bahan-bahan :

5 biji telur
250 gram mentega
1 ½ cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
1 sudu teh baking powder
½ cawan susu cair
1 sudu teh esen vanilla
Serbuk koko (secukupnya)
Pewarna (merah, hijau, kuning atau mengikut citarasa anda)


Cara Mengadunnya :

1. Pukul mentega dan gula sampai kembang.

2. Masukan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga kembang.

3. Masukan esen vanilla, susu cair dan gaul hingga sebati.

4. Ayak bersama tepung gandum, tepung jagung dan baking powder hingga sekata. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan.

5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Campurkan pewarna kesukaan anda.

6. Griskan loyang dan tabur sikit tepung. Masukan adunan merah dan ratakan dalam loyang. Ayak serbuk koko menutupi lapisan pertama. Ayak nipis-nipis sahaja.

7. Masukan lapisan kedua pula. Ratakan perlahan-lahan dan jangan sampai serbuk koko di lapisan pertama tadi terangkat. Ayak serbuk koko di atas lapisan kedua.

8. Akhir sekali masukkan lapisan ketiga dan tidak perlu ditabur serbuk koko lagi.

9. Bakar selama 45 minit dalam suhu 160 o C atau mengikut oven masing-masing.

10. Sedia untuk dihidang.

Ahad, 23 Februari 2014

Biskut Nesko (Nescafe + Koko)

Biskut Nesko (Nescafe + Koko)

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
2 sudu besar Nescafe 3 in 1
1 sudu besar serbuk koko
1 biji telur
1 cawan tepung ubi kentang
½ cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum


Cara Membuatnya :

1. Pukul marjerin dan gula halus hingga kembang.

2. Masukkan telur, serbuk Nescafe dan serbuk koko. Kacau lagi.

3. Seterusnya, masukkan tepung ubi kentang, tepung jagung dan tepung gandum.

4. Uli hingga menjadi adunan yang sebati dan tidak melekat pada tangan.

5. Jika masih lembut, masukkan tepung gandum.

6. Tekan dengan acuan yang digemari.

7. Bakar sehingga masak dan sedia untuk dihidang.