Rabu, 17 September 2014

Bubur Barli

Bubur Barli

Bahan-bahan :

2 cawan barli
Gula pasir secukup rasa
Santan
Sedikit garam
Dua helai daun pandan (disimpul)
Air


Cara Membuatnya :

1. Basuh dan rendam barli selama beberapa jam.

2. Rebus barli sehingga betul-betul kembang dan empuk.

3. Masukkan gula secukup rasa.

4. Masukkan santan, daun pandan dan sedikit garam.

5. Jika suka boleh masukkan sedikit susu cair.

6. Masak sehingga mendidih  dan sedia untuk dihidang.

Sabtu, 6 September 2014

Wajik Gula Merah

Wajik Gula Merah

Sumber Resipi :
Nenek Tersayang

Bahan-bahan :

1 kg beras pulut
1 kg santan pekat
1 kg gula merah
500 gram gula pasir
3 cawan air
Daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

1. Basuh dan rendam beras pulut semalaman.

2. Panaskan periuk pengukus dan kukus pulut sehingga masak.

3. Campurkan gula merah dan gula putih di dalam periuk beserta daun pandan.

4. Masak gula bersama air sehingga gula larut dan ditapis.

5. Di dalam kuali, campurkan santan dan air gula yang ditapis tadi.

6. Letakkan daun pandan yang disimpul untuk mewangikannya.

7. Masak sehingga mendidih.

8. Masukkan pulut dan kacau sehingga airnya kering.

9. Tuangkan ke dalam bekas dan dibiarkan sejuk sepenuhnya.

10. Potong dan sedia untuk dihidang.

Selasa, 26 Ogos 2014

Coconut Shake Susu

Coconut Shake Susu

Bahan-bahan :

1 biji kelapa muda (diambil isi dan airnya)
2 sudu susu tepung
3 sudu susu pekat manis (secukup rasa)
Aiskrim perisa vanila
Ais ketul secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Masukkan semua bahan kecuali aiskrim di dalam blender.

2. Kisar hingga isi kelapa hancur serta berkrim.

3. Tuangkan ke dalam gelas.

4. Letakkan aiskrim vanila di atasnya.

5. Sedia untuk dinikmati.