Selasa, 2 Jun 2015

Wadai Kepeng Nangka

Wadai Kepeng + Nangka

Bahan-bahan :

3 cawan tepung pulut
¾ cawan tepung beras
Kapur sirih
Santan
½ cawan gula merah
Gula pasir secukup rasa
Sedikit garam
6 ulas buah nangka masak (dihiris)


Cara Membuatnya :

1. Campurkan tepung beras dan tepung pulut di dalam satu bekas.

2. Bancuh dengan air yang diletak sedikit kapur sirih. Uli sehingga tidak melekat di tangan seperti membuat kuih buah melaka.

3. Buat bentuk bulat dan dipenyek sebesar duit syiling 5 sen. Selepas masak ianya akan menjadi lebih besar. Bentukkan sehingga habis.

4. Apabila semuanya sudah siap, ketepikan dahulu.

5. Masak gula merah dan gula putih bersama sedikit air sehingga gula hancur. Tapiskan.

6. Campurkan santan dan gula yang dimasak tadi bersama sedikit garam. Masak di atas api hingga mendidih.

7. Apabila sudah mendidih masukkan kuih yang dileperkan tadi bersama isi nangka.

8. Setelah kesemua kuih timbul di permukaan barulah kuih tersebut telah masak sepenuhnya. Tutup api dan bolehlah dihidang.

Ahad, 17 Mei 2015

Kek Pisang Awak

Kek Pisang Awak

Kek Pisang Awak

Sumber Resipi: 
Periuk tanah

Bahan-bahan :

4 biji pisang awak @ emas (saiz sederhana) - dilecek
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu teh esen pisang @ esen vanila


Cara Membuatnya :

1. Panaskan oven pada suhu 185 darjah Celcius.

2. Sediakan loyang yang sesuai dan lenser dengan marjerin atau minyak.

3. Kisar gula, telur, minyak di dalam blender atau mixer sehingga putih. Anggaran masa selama 3 hingga 5 minit.

4. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat.

5. Masukkan campuran tepung dan kacau rata.

6. Masukkan pisang yang telah dilecek, esen pisang dan air limau. Gaul sebati.

7. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam ketuhar selama 45 minit atau hingga kek keperangan.

8. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak.

9. Sedia untuk dinikmati.

Jumaat, 15 Mei 2015

Agar-agar Lapis Bandung Oreo

Agar-agar Lapis Bandung Oreo

Agar-agar Lapis Bandung Oreo

Bahan-bahan :

24 gram agar-agar
5 cawan air
1 cawan susu cair
Gula secukupnya
Biskut oreo
Pewarna merah @ perisa ros


Cara Membuatnya :

1. Rebus agar-agar bersama 5 cawan air sehingga hancur.

2. Masukkan gula pasir secukupnya dan biarkan gula larut.

3. Masukkan susu cair dan tunggu hingga mendidih. Tutup api.

4. Patah-patahkan biskut oreo dan masukkan ke dalam bekas.

5. Tuangkan agar-agar ke dalam bekas yang berisi biskut oreo tadi.

6. Letakkan hingga separuh bekas sahaja dan sejukkan hingga ia keras.

7. Keluarkan dari peti sejuk, cakarkan sedikit permukaan agar-agar.

8. Tuangkan agar-agar yang telah dimasukkan sedikit pewarna merah.

9. Biarkan agar-agar sejuk sepenuhnya. Sedia untuk dinikmati.