Wadai Kepeng Nangka

Selasa, 2 Jun 2015

Wadai Kepeng Nangka

Wadai Kepeng + Nangka

Bahan-bahan :

3 cawan tepung pulut
¾ cawan tepung beras
Kapur sirih
Santan
½ cawan gula merah
Gula pasir secukup rasa
Sedikit garam
6 ulas buah nangka masak (dihiris)


Cara Membuatnya :

1. Campurkan tepung beras dan tepung pulut di dalam satu bekas.

2. Bancuh dengan air yang diletak sedikit kapur sirih. Uli sehingga tidak melekat di tangan seperti membuat kuih buah melaka.

3. Buat bentuk bulat dan dipenyek sebesar duit syiling 5 sen. Selepas masak ianya akan menjadi lebih besar. Bentukkan sehingga habis.

4. Apabila semuanya sudah siap, ketepikan dahulu.

5. Masak gula merah dan gula putih bersama sedikit air sehingga gula hancur. Tapiskan.

6. Campurkan santan dan gula yang dimasak tadi bersama sedikit garam. Masak di atas api hingga mendidih.

7. Apabila sudah mendidih masukkan kuih yang dileperkan tadi bersama isi nangka.

8. Setelah kesemua kuih timbul di permukaan barulah kuih tersebut telah masak sepenuhnya. Tutup api dan bolehlah dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan