Bahan-bahan
:
24 gram agar-agar
5 cawan air
1 cawan susu cair
Gula secukupnya
Biskut oreo
Pewarna merah @ perisa ros
Cara
Membuatnya :
1. Rebus agar-agar bersama 5 cawan air sehingga hancur.
2. Masukkan gula pasir secukupnya dan biarkan gula larut.
3. Masukkan susu cair dan tunggu hingga mendidih. Tutup api.
4. Patah-patahkan biskut oreo dan masukkan ke dalam bekas.
5. Tuangkan agar-agar ke dalam bekas yang berisi biskut oreo
tadi.
6. Letakkan hingga separuh bekas sahaja dan sejukkan hingga ia
keras.
7. Keluarkan dari peti sejuk, cakarkan sedikit permukaan
agar-agar.
8. Tuangkan agar-agar yang telah dimasukkan sedikit pewarna
merah.
9. Biarkan agar-agar sejuk sepenuhnya. Sedia untuk dinikmati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan