Bahan
Untuk Pau :
500 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
½ peket yis mauripan 11 gram
½ cawan minyak
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking powder
Air secukupnya
Daun pisang
Bahan
Untuk Inti Kacang Merah :
200 gram kacang merah
2 camca besar tepung gandum
2 camca besar minyak masak
Sedikit garam
Gula secukupnya
Daun pandan
Cara
Membuat Pau :
1. Masukkan yis mauripan ke dalam
mangkuk. Letakkan sedikit air dan kacau agar yis tersebut larut dan tidak
berketul.
2. Campurkan tepung gandum
bersama gula dan baking powder di dalam bekas.
3. Masukkan minyak dan yis tadi
sedikit demi sedikit.
4. Jika masih tidak mencukupi,
masukkan air secukupnya. Uli hingga menjadi adunan yang licin dan kenyal.
5. Buat bentuk bulat kecil dan
masukkan inti kacang merah di tengahnya. Tutup inti dengan mencantumkan hujung
adunan tadi.
6. Letakkan setiap adunan tadi di
atas daun pisang yang dipotong bulat.
7. Setelah itu, bolehlah dikukus
selama 10 minit pada suhu yang tinggi.
Cara
Membuat Inti Kacang Merah :
1. Basuh dan rendam kacang merah semalaman.
2. Rebus kacang merah sehingga empuk. Tutup api dan sejukkan
sebentar.
3. Kisar kacang merah tersebut dan jangan terlalu hancur.
4. Masukkan dalam periuk dan tambahkan gula secukupnya bersama
garam.
5. Letakkan juga daun pandan. Masak lagi sehingga agak kering.
6. Apabila hampir kering masukkan tepung gandum yang telah
dibancuh dengan air.
7. Masak sehingga kering airnya atau mengikut kepekatan yang
sesuai.
8. Seterusnya, masukkan minyak masak. Kacau dan tutup api.
9. Biarkan sejuk dan bolehlah membentuk bulat-bulat sebagai
inti pau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan