Jumaat, 17 Julai 2015

Biskut Cornflakes Rangup

Biskut Cornflakes Rangup
Sumber Resipi :
Kak Yatie

Bahan-bahan :

250 gram mentega
¾ cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanila
1 biji kuning telur
250 gram cornflakes (diramas sikit)
2 cawan tepung naik sendiri


Bahan-bahan Lain :

Mangkuk kertas secukupnya
Ceri merah dan ceri hijau sebagai hiasan (dipotong kecil)


Cara Membuatnya :

1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.

2. Setelah sebati, masukkan kuning telur dan pukul lagi.

3. Kemudian masukkan esen vanila.

4. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yang diramas tadi.

5. Gaul sebati menggunakan senduk kayu saja.

6. Sudukan adunan ke dalam mangkuk kertas dan hiaskan dengan potongan ceri.

7. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 oC selama 20 minit.

8. Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Nestum Butterfly

Biskut Nestum Butterfly

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
¾ cawan gula halus
1 cawan Nestum
1 cawan tepung kastard
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
Gula manik


Cara Membuatnya :

1. Pukul marjerin bersama gula hingga kembang.

2. Masukkan esen vanila dan Nestum. Kacau lagi.

3. Masukkan tepung kastard dan tepung gandum sedikit demi sedikit.

4. Uli sehingga menjadi doh.

5. Terap dengan acuan rama-rama atau acuan yang disukai.

6. Taburkan gula manik di atasnya dan bakar sehingga masak.

7. Biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.

Kuih Loyang Pedas Ikan Bilis

Kuih Loyang Pedas
Sumber Resipi : 

Bahan-bahan :

½ kilo tepung beras
¾ cawan cili kering
1 cawan ikan bilis
1 camca teh jintan manis
2 camca teh garam
4 - 5 biji telur
4 - 5 gelas air
2 sudu besar gula
Minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya :

1. Panaskan acuan di dalam minyak.

2. Cili kering, ikan bilis dan jintan dikisar. Jangan terlalu halus.

3. Campur semua bahan kisar di atas bersama telur, garam dan air.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kisar hingga sebati.

5. Uji kepekatannya, jika agak pekat tambahkan sedikir air.

6. Sedia untuk menggoreng.