Sabtu, 19 September 2015

Aiskrim Kelapa Muda

Aiskrim Kelapa Muda

Bahan Untuk Membuat Aiskrim Kelapa Muda :

1 biji kelapa muda (diambil isi dan airnya)
Air gula secukupnya


Cara Membuat Aiskrim Kelapa Muda :

1. Campurkan isi kelapa muda dan airnya di dalam bekas.

2. Tuangkan air gula secukupnya mengikut manis yang dikehendaki.

3. Bancuhan air gula hendaklah pekat agar tidak menggunakan terlalu banyak air.

4. Kacau hingga sebati dan tuangkan ke dalam bekas acuan aiskrim.

5. Bekukan sehingga keras.

6. Lalukan bekas acuan dengan air agar aiskrim mudah ditanggalkan.

7. Sedia untuk dinikmati dan pasti anda merasa kesedapan air kelapa muda.

Rabu, 16 September 2015

Petua Memilih Ikan Air Tawar


Terdapat banyak jenis ikan air tawar di pasaran iaitu ikan patin, siakap, keli, tilapia dan pelbagai lagi. Namun yang demikian, masih ramai yang tidak tahu cara memilih ikan air tawar yang baik.

Cara terbaik untuk memilih ikan air tawar segar di pasaran adalah dengan memilih kulitnya yang bersih dan masih berkilat. Jika badan ikan ditekan dengan hujung jari, ia tidak lembut. Matanya jernih dan tidak kemerahan. Insangnya segar dan tidak hanyir.

Petua Menghilangkan Hanyir Ikan Air Tawar


Hanyir pada ikan air tawar dapat dihilangkan dengan memerap menggunakan jus limau nipis ataupun jus asam jawa semasa membersihkannya. Ia juga dapat dihilangkan dengan menambah lebih banyak bahan perencah di dalam masakan yang menjadikan masakan lebih enak.