Sabtu, 23 Januari 2016

Pulut Kacau Pink

pulut kacau

pulut kacau

pulut kacau
Sumber Resipi :
Nenek Tersayang

Bahan-bahannya :

1 kg beras pulut
1 kg santan pekat
1 kg gula pasir
1 cawan air
Pewarna merah @ bes minuman perisa rose
Sedikit garam
Daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

1. Basuh dan rendam beras pulut semalaman. Kemudian, toskan airnya.

2. Masukkan pulut di dalam periuk pengukus dan buatkan lubang di tengahnya.

3. Panaskan periuk pengukus dan kukus pulut sehingga masak. Tutup api.

4. Di dalam kuali, campurkan santan, gula, garam, air dan juga pewarna.

5. Letakkan juga daun pandan yang disimpul untuk mewangikannya.

6. Masak campuran tersebut sehingga mendidih.

7. Masukkan pulut dan kacau sehingga airnya kering.

8. Tuangkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk sepenuhnya.

9. Potong dan sedia untuk dihidang.

Sabtu, 2 Januari 2016

Kek Mentega Pelangi Versi 2

Kek Mentega Pelangi

Kek Mentega Pelangi

Bahan-bahan :

1 ½ cawan marjerin
1 ½ cawan gula halus
2 ½ cawan tepung gandum
5 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
Pewarna merah, hijau dan kuning.


Cara Membuatnya :

1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.

2. Seterusnya, masukkan esen vanilla.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.

4. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik dan masukkan ke dalam adunan.

5. Kacau hingga sebati.

6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna.

7. Sapukan permukaan loyang dengan marjerin terlebih dahulu.

8. Tuangkan adunan kek dan bakar sehingga masak.

9. Sedia untuk dinikmati.

Ahad, 20 Disember 2015

Petua Sayur Tahan Lebih Lama


Zaman ini bahan memasak dibeli bukan setiap hari, tetapi dibeli untuk stok seminggu sekali. Ketika inilah kita berdepan dengan masalah tidak tahan lama terutama sayur dan ikan yang mudah bertindakbalas jika tidak disimpan dengan baik. Petua menjaga kesegaran sayur ini mungkin pilihan terbaik untuk anda.

Bahan yang diperlukan :

Sayur
Plastik pembungkus aluminium (contoh plastik pembungkus keropok mini dan oat)
Gunting
Tisu

Cara Membuat Sayur Tahan Lebih Lama :

1. Gunting bahagian atas plastik pembungkus aluminium.
2. Lap dan bersihkan permukaan dalamnya.
3. Kemudian masukkan sayur di dalamnya.
4. Lipat kemas dan simpan di dalam peti ais.

Petua Segarkan Aroma di dalam Ketuhar


Kegunaan ketuhar gelombang mikro yang pelbagai seperti memanggang ayam, membakar kek dan biskut, merebus sayur dan sebagainya menjadikan bau ketuhar anda tidak enak baunya. Cubalah petua ringkas ini untuk membangkitkan kesegarannya.

Cara Memberi Kesegaran Aroma di dalam Ketuhar :

1. Potong dua lemon dan masukkan ke dalam air atau tuangkan sedikit air diatasnya.

2. Masukkan ke dalam ketuhar dan tekan suis pasang dan biarkan selama satu minit atau sehingga ketuhar panas.

3. Ambil lemon dan perahkan jusnya ke dalam bekas yang berisi air suam.

4. Keluarkan dulang dan cuci bersih. Gunakan kain dan lap bersih.

5. Cuci bahagian dalam dengan jus tersebut.

Petua Masak Telur Rebus

telur rebus

Sesetengah orang tidak tahu mengagak bilakah telur yang direbus masak dan sudah sedia diangkat dari atas api. Apa kata anda cuba resipi ini.

Bahan yang diperlukan :

Telur
Tisu
Air
Beras

Cara Memasak Telur Rebus :

1. Lapkan telur dan kemudian rebus di dalam periuk.
2. Masukkan juga sedikit beras dan biarkan hingga beras masak.
3. Tutup api dan telur bolehlah diangkat.