Isnin, 14 Mac 2016

Nasi Briyani Simple

Nasi Briyani Simple

Nasi Briyani Simple

Bahan-bahan :

2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 bungkus perencah nasi briyani Maggi
200 gram ayam (dipotong kecil)
3 cawan beras
Garam secukup rasa
Lobak merah (dipotong halus)
Kacang dalam tin
Cili hidup (potong)
Air secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Tumis bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.

2. Tumiskan juga bawang merah dan bawang putih hingga wangi dan keperangan.

3. Kemudian masukkan perencah nasi briyani Maggi.

4. Masak hingga naik bau.

5. Masukkan ayam dan garam secukup rasa.

6. Biarkan ayam masak sedikit.

7. Seterusnya, masukkan air dan juga beras. Masak nasi seperti biasa.

8. Apabila sudah mendidih dan agak kering, masukkan lobak merah dan kacang.

9. Jika mahu lebih pedas, boleh juga masukkan cili potong.

10. Biarkan hingga nasi masak sepenuhnya dan sedia untuk dihidang.

Ahad, 13 Mac 2016

Kek Marble Coklat Radziah Radzi

Kek Marble Coklat

Kek Marble Coklat
Sumber Resipi :
Radziah Radzi

Bahan-bahan :

1 cawan mentega @ planta
1 cawan gula halus
4 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri (self raising)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar ovellate
1 sudu besar coklat emulco
1 sudu besar serbuk koko


Cara Membuatnya :

1. Putar mentega bersama gula sampai kembang dan gebu.

2. Masukkan  esen vanila dan ovellate kacau sebati.

3. Kemudian masukkan telur satu persatu. Putar lagi sampai betul-betul kembang.

4. Masukkan tepung sikit demi sedikit sehingga habis.

5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.

6. Bahagian coklat masukkan coklat emulco dan serbuk koko. 

7. Sapukan loyang dengan marjerin. Letak adunan sesudu demi sesudu berselang seli.

8. Akhir sekali, buat corak di atasnya mengikut kreativiti masing-masing.

9. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama lebih kurang 45 minit.

10. Cucuk dengan lidi dan kalau tidak melekat bermakna kek sudah masak.


Nota :

1. Kalau guna tepung gandum perlu tambah 1 sudu teh baking powder dan diayak.

2. Jika tiada coklat emulco, boleh masukkan serbuk koko lebih sedikit.

Ahad, 28 Februari 2016

Bubur Kacang Merah

Bubur Kacang Merah

Bubur Kacang Merah

Bahan-bahan :

Kacang merah
Susu cair atau santan pekat
Gula secukup rasa
Dua helai daun pandan (disimpul)
Sedikit garam


Cara Membuatnya :

1. Basuh dan rendam kacang merah semalaman.

2. Rebus kacang merah hingga empuk.

3. Masukkan gula secukup rasa.

4. Kemudian masukkan susu cair dan juga daun pandan.

5. Jika terlalu pekat boleh tambahkan air.

6. Letakkan sedikit garam agar ada rasa lemak.

7. Masak sehingga mendidih dan tutup api.

8. Sedia untuk dihidang.

Isnin, 22 Februari 2016

Mee Sanggul Goreng BumiBes

Mee Sanggul Goreng BumiBes

Bahan-bahan :

1 bungkus mee sanggul BumiBes (250 gram)
3 sudu cili kering yang telah dikisar
1 biji bawang besar (dihiris)
Sedikit sos cili dan kicap
Isi ayam
Sayur
Garam dan gula secukup rasa


Cara Membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.

2. Tumis bawang besar sehingga kekuningan dan wangi.

3. Masukkan cili kisar dan masak sebentar.

4. Masukkan ayam, gula, garam, sos cili dan kicap.

5. Biarkan hingga ayam lembut.

6. Seterusnya, masukkan air secukupnya bersama sayur.

7. Apabila telah mendidih masukkan mee sanggul.

8. Masak hingga mee lembut dan airnya kering.

9. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Sabtu, 20 Februari 2016

Mee Sanggul dan Biskut Keluaran BumiBes

Mee sanggul dan biskut keluaran BumiBes diyakini suci dan halal. Merupakan produk Muslim 100% keluaran bumiputera Islam dan mendapat pengiktirafan sijil halal JAKIM. Mee sanggul ini adalah dari sumber semulajadi, tiada bahan pengawet, tiada bahan perisa atau pewarna dan tiada kolestrol.

mee sanggul
Mee Sanggul tanpa perisa
Berat : 250 gram
Harga : RM 3

Cara Penyediaan :

1. Masukkan air panas mendidih.
2. Rendam mee selama 3 minit.
3. Toskan mee.
4. Sedia untuk dimasak.

mi sup
Mi Sup
Berat : 310 gram
Harga : RM 5.20

mi tom yam
Mi Tom Yam
Berat : 310 gram
Harga : RM 5.20


biskut potong coklat
Biskut Potong Coklat
Kuantiti : 30 keping
Harga : RM 4.30

biskut potong gula
Biskut Potong Gula
Kuantiti : 30 keping
Harga : RM 4.30

Berminat? Menempah atau menjadi pengedar?
Hubungi
Facebook : mutiara valley marketing
Instagram : mutiaravalley
Telefon atau whatsapp : 012-4822441