Isnin, 4 Jun 2018

Biskut Nestum Ranggup





Sumber Resipi :
Facebook 

Bahan-bahan :

250 gram buttercup
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
2 cawan Nestum
1 cawan gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila


Cara Membuatnya :

1. Pukul buttercup dengan gula halus hingga kembang.

2. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sebati.

3. Masukkan Nestum, tepung gandum dan tepung jagung. Uli hingga menjadi doh.

4. Jika masih lembut, masukkan lagi tepung jagung hingga tidak melekat di jari.

5. Bentukkan biskut dan salut dengan Nestum atau letakkan manik.

6. Bakar sehingga masak dan sedia untuk dinikmati.

Ahad, 3 Jun 2018

Lempeng Oat




Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan oat
Air @ santan @ susu cair
Garam dan gula secukup rasa


Cara Membuatnya :

1. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat.

2. Masukkan oat, garam dan gula.

3. Seterusnya masukkan santan secukupnya. Kacau hingga sekata.

4. Adunan tidak boleh terlalu pekat atau terlalu cair.

5. Panaskan kuali atau pemanggang ajaib.

6. Jika menggunakan kuali biasa, letakkan sedikit minyak agar tidak melekat.

7. Tuang satu senduk adunan dan ratakan mengikut tebal yang diinginkan.

8. Biarkan sehingga masak dan alihkan kuih tersebut.

9. Tunggu hingga bahagian kuih sebelah lagi masak dan angkat.

10. Sedia untuk dihidang.

Ahad, 29 April 2018

Kek Mentega Milo

Kek Mentega Milo

Kek Mentega Milo

Kek Mentega Milo

Kek Mentega Milo

Bahan-bahan :

1 cawan mentega
1 cawan gula halus
5 biji telur ayam saiz besar (jika kecil guna 6 biji)
1 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung berserbuk penaik
6 sudu besar serbuk milo @ secukupnya.


Cara Membuatnya :

1. Putar mentega dengan gula halus hingga kembang.

2. Masukkan esen vanila dan telur sebiji demi sebiji. 

3. Masukkan tepung berserbuk penaik yang telah diayak.

4. Kemudian masukkan serbuk milo.

5. Kacau hingga rata dan sebati.

6. Sapu loyang dengan sedikit marjerin agar kek tidak melekat.

7. Tuang adunan kek dalam loyang dan bakar sehingga masak.

8. Cucuk kek menggunakan lidi untuk memastikan kek sudah masak atau belum.

9. Jika tiada sisa kek melekat pada lidi, bermakna kek sudah masak.

10. Sedia untuk dinikmati bersama keluarga.