Ahad, 30 Jun 2019

Jus Oren

Jus Oren

Jus Oren

Bahan-bahan :

2 biji buah oren
2 @ 3 sudu besar gula (secukup rasa)
Ketulan ais secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Basuh buah oren dan kupas kulitnya.

2. Belah dua buah oren kemudian buang bijinya.

3. Masuk ke dalam blender dan kisarkan buah oren bersama gula.

4. Masukkan sedikit sahaja air jika buah oren tidak mahu hancur.

5. Tapis buah tersebut dengan mengambil airnya sahaja.

6. Tuangkan ke dalam gelas besar.

7. Masukkan beberapa ketulan ais dan sedia untuk dinikmati.

Sabtu, 29 Jun 2019

Daging Masak Kicap Simple

Daging Masak Kicap Simple

Daging Masak Kicap Simple

Daging Masak Kicap Simple

Bahan-bahan :

1 kilo daging (dipotong)
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Halia (ditumbuk)
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 sudu besar cili kisar
1 sudu perencah sup
1 keping asam gelugur
Buah tomato (dipotong)
Kicap secukupnya
Sedikit garam
Daun sup dan daun bawang (dihiris)


Cara Membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan yang ditumbuk.

2. Masukkan juga bunga lawang dan juga kulit kayu manis.

3. Tumis hingga bawang kekuningan dan berbau wangi.

4. Masukkan cili kisar dan biarkan sebentar.

5. Kemudian masukkan daging dan air secukupnya.

6. Masak dengan menggunakan api perlahan hingga daging lembut.

7. Apabila daging lembut, masukkan perencah sup dan asam keping.

8. Letakkan  kicap secukupnya dan buah tomato.

9. Perasakan dengan sedikit sahaja garam kerana kicap sudah masin.

10. Tunggu hingga mendidih, taburkan daun sup dan daun bawang.

Ahad, 9 Jun 2019

Biskut Kelapa Crunchy Creamy

Biskut Kelapa Crunchy Creamy

Biskut Kelapa Crunchy Creamy

Biskut Kelapa Crunchy Creamy

Bahan-bahan :

250 gram butter
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 biji kuning telur
2 cawan kelapa parut segar (disangai kering dalam 10 minit)
1 paket serbuk santan @ 50 gram
3 cawan tepung ubi
¼ cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder


Cara Membuatnya :

1. Campurkan butter, gula dan esen vanila.

2. Kacau sebati menggunakan senduk kayu.

3. Kemudian masukkan kuning telur dan kacau lagi.

4. Masukkan kelapa parut dan serbuk santan.

5. Ayak baking powder bersama semua tepung di atas.

6. Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit.

7. Jika adunan masih melekat pada tangan, tambahkan tepung ubi.

8. Terap dengan acuan yang disukai dan bakar sehingga masak.