Ahad, 10 Disember 2023

Homemade Ice Blended Coklat

Homemade Ice Blended Coklat
 
Homemade Ice Blended Coklat


Bahan-bahan :

3 sudu gula halus

3 sudu malt coklat

2 sudu susu pekat manis

1 sudu susu tepung

¼ cawan air

1 @ 2 cawan ais hancur

 

Bahan Lain :

Coklat rice

Sirap coklat Hershey

 

Cara Membuatnya :

1. Masukkan gula, malt coklat, susu pekat, susu tepung, air dan ais dalam blender.

2. Blend hingga ais hancur, sebati dan lembut.

3. Tuangkan sirap coklat Hershey di sekeliling cawan.

4. Pusing-pusingkan cawan agar dapat corak yang menarik.

5. Kemudian tuangkan ais yang diblender, taburkan coklat rice di atasnya.

6. Sedia untuk dinikmati.

 

Homemade Ice Blended Milo

 Homemade Ice Blended Milo

Homemade Ice Blended Milo

Homemade Ice Blended Milo

Bahan-bahan :

3 sudu gula halus

3 sudu milo

2 sudu susu pekat manis

1 sudu susu tepung

¼ cawan air

1 @ 2 cawan ais hancur

 

Bahan Lain :

Serbuk milo

Sirap coklat Hershey

 

Cara Membuatnya :

1. Masukkan gula, milo, susu pekat, susu tepung, air dan juga ais dalam blender.

2. Blend hingga ais hancur, sebati dan lembut.

3. Tuangkan sirap coklat Hershey di sekeliling cawan.

4. Pusing-pusingkan cawan agar dapat corak yang menarik.

5. Kemudian tuangkan ais yang diblender, taburkan serbuk milo di atasnya.

6. Sedia untuk dinikmati.

 

Ahad, 29 Oktober 2023

Kerepek Pisang Berangan

Kerepek Pisang Berangan

Kerepek Pisang Berangan

Pisang Berangan

Bahan-bahan :

Pisang berangan

Garam

Minyak untuk menggoreng

 

Cara Membuatnya :

1. Kupas pisang dan rendam dengan air garam selama 5 minit.

2. Kemudian tapis airnya.

3. Panaskan minyak dalam kuali.

4. Sagat pisang atas kuali terus agar tidak melekat.

5. Goreng hingga kekuningan dan bolehlah diangkat.

6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.