Selasa, 16 April 2024

Swiss Butter Strawberry Azlina Ina

Swiss Butter Strawberry Azlina Ina

Swiss Butter Strawberry Azlina Ina

Swiss Butter Strawberry Azlina Ina

Swiss Butter Strawberry Azlina Ina

Swiss Butter Strawberry Azlina Ina

Bahan-bahan :

250 gram butter

75 gram gula aising

1 sudu tepung beras

1 sudu teh esen vanila

¼ cawan susu tepung @ 35 gram

1 ½ cawan tepung jagung @ 150 gram

1 ¾ cawan tepung gandum @ 190 gram

¼ cawan coklat rice (jika ada)

Filling strawberi

 

Cara Membuatnya :

1. Kacau sebati butter, gula aising dan esen vanila menggunakan senduk kayu.

2. Masukkan tepung beras dan susu tepung. Kacau lagi.

3. Masukkan tepung jagung dan juga tepung gandum.

4. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum sambil uli doh.

5. Akhir sekali masukkan coklat rice dan gaul sebati.

6. Tekan dengan acuan, letakkan filling strawberi di tengah.

7. Bakar sehingga masak.

 

Nota :

Biskut ini amat sesuai bagi mereka yang sukakan biskut yang gebu.

 

Ahad, 14 April 2024

Tart Nenas @ Tiktok KakEcah

Tart Nenas @ Tiktok KakEcah

 Tart Nenas @ Tiktok KakEcah
 


Bahan-bahan :

250 gram butter @ marjerin

70 gram gula halus

1 sudu teh esen vanila

1 biji kuning telur

30 gram susu tepung

20 gram tepung kastard

40 gram tepung jagung

350 gram tepung gandum

Jem nenas

 

Sapuan Atas Kuih Tart :

Putih telur

Sedikit esen vanila

Pewarna kuning

 

Cara Membuat Tart Nenas :

1. Kacau butter dan gula halus hingga sebati menggunakan senduk.

2. Masukkan esen vanila dan kuning telur. Kacau lagi.

3. Masukkan susu tepung, tepung kastard dan tepung jagung.

4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaul sebati.

5. Tekan menggunakan acuan kuih tart, letakkan jem dan gulung.

6. Sapu kuning telur di atasnya.

7. Bakar sehingga masak, bila sejuk simpan dalam bekas kedap udara.

 

Cara Membuat Sapuan Atas Kuih Tart :

1. Campurkan putih telur, esen vanila dan pewarna kuning.

2. Kemudian kacau sampai sebati.

3. Tujuan meletakkan esen vanila untuk menghilangkan bau hanyir telur.

 

Biskut Cornflakes Crunchy @ Tiktok Madam Bakery

Biskut Cornflakes Crunchy @ Tiktok Madam Bakery

Biskut Cornflakes Crunchy @ Tiktok Madam Bakery

Biskut Cornflakes Crunchy @ Tiktok Madam Bakery

Bahan-bahan :

250 gram butter

100 gram gula aising

1 sudu kecil esen vanila

50 gram tepung jagung

250 gram tepung gandum

Cornflakes Gold Honey Flakes

 

Cara Membuatnya :

1. Kacau butter dan gula aising hingga sebati menggunakan senduk.

2. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.

3. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Gaul sampai sebati.

4. Rehatkan adunan dalam 20 minit. 

5. Adunan memang agak lembik, tak perlu tambah tepung.

6. Tuangkan cornflakes dalam bekas. Ramas kasar tak nak terlalu halus.

7. Sudukan adunan mengikut saiz yang disukai. 

8. Salut dengan cornflakes yang dihancurkan tadi.

9. Bakar suhu 160oC selama 25 minit atau ikut oven masing-masing.

10. Biskut yang betul-betul masak dan kering akan jadi ranggup.

 

Nota :

Jangan menggunakan marjerin kerana biskut menjadi kurang enak.