Kek Pisang Coklat

Sabtu, 7 Mei 2016

Kek Pisang Coklat

kek pisang coklat

kek pisang coklat

Bahan A :

5 biji pisang berangan @ emas
4 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanila

Bahan B :

1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan C :

½ cawan serbuk koko


Cara Membuatnya :

1. Kisar semua bahan A dengan blender dan tuang ke dalam sebuah mangkuk besar.

2. Ayak bahan B dan campurkan dengan bahan A. Kacau hingga sebati.

3. Asingkan setengah adunan ke dalam sebuah mangkuk.

4. Masukkan serbuk koko ke dalam satu adunan dan kacau.

5. Lapiskan adunan kek secara berselang-seli mengikut kreativiti sendiri.

6. Bakar sehingga masak selama 45 minit atau mengikut ketuhar masing-masing.

7. Sedia untuk dinikmati bersama keluarga.

2 ulasan:

  1. memang yummy kan kek pisang coklat kan ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang yummy sangat sebab memang minat coklat :)

      Padam