Selasa, 15 Oktober 2013

Biskut Almond Bersalut Nestum

Biskut Almond Bersalut Nestum

Bahan-bahan :

250 gram buttercup
¾ cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
½ cawan tepung kastard
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh esen vanila
Biji badam yang telah dipanggang
Coklat masakan secukupnya
Nestum


Cara Membuatnya :

1. Pukul buttercup dan gula halus hingga kembang.

2. Masukkan esen vanila dan susu tepung.

3. Masukkan pula tepung kastard, tepung jagung dan tepung gandum.

4. Uli hingga menjadi doh yang lembut.

5. Ambil sedikit doh dan balut sebiji badam panggang. Kemaskan doh.

6. Bakar pada suhu 150-160 oC selama 25 minit atau hingga keperang-perangan.

7. Setelah benar-benar sejuk, celupkan coklat cair dan salutkan pula dengan nestum.

8. Biarkan sehingga coklat keras. Sedia untuk dihidang.

Biskut Serpihan Coklat

Biskut Serpihan Coklat

Bahan-bahan :

100 gram mentega
25 gram gula perang
120 gram tepung gandum
60 gram cip coklat
¼ camca teh esen vanila
30 gram badam (dicincang kasar)


Cara Membuatnya :

1. Putar mentega dengan gula hingga kembang.

2. Masukkan esen vanila.

3. Masukkan tepung gandum, cip coklat dan badam. Kacau adunan hingga rata.

4. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar (gunakan camca teh).

5. Bakar hingga masak dan sedia untuk dihidang.

Cornflakes Coklat Simple

Cornflakes Coklat Simple

Cornflakes Coklat

Bahan-bahan :

325 gram cornflakes
450 gram coklat masakan
1 sudu besar minyak Mazola (untuk kilatkan coklat)
Cawan kertas secukupnya
Manik urai sebagai hiasan


Cara Membuatnya :

Masak air dalam periuk sehingga air menjadi panas. 

Potong coklat kecil-kecil dan masukkan dalam mangkuk atau periuk berasingan.

Jika menggunakan periuk, masukkan sahaja periuk tersebut ke dalam air. Tetapi hendaklah berhati-hati agar air tidak masuk ke dalam periuk berisi coklat.

Seterusnya, masukkan minyak Mazola. Kacau sehingga coklat betul-betul cair dan tidak berketul.

Ramas cornflakes sedikit dan masukkan ke dalam mangkuk berisi coklat. Kacau hingga semuanya sekata. Tutup api. Jika suka boleh masukkan badam yang telah dipanggang.

Cedok dengan sudu dan masukkan ke dalam cawan kertas.

Biarkan mangkuk atau  periuk yang berisi coklat sentiasa di dalam air kerana air yang panas membuatkan coklat tidak mudah keras sebelum diletakkan ke dalam cawan kertas.

Hias dengan manik urai di atasnya. Letakkan biskut ke dalam peti ais sekejap sekadar untuk keraskan coklat.

Sedia untuk dihidang.